fbpx
Now Reading
Kecoh Polis Tendang Motosikal Hingga Kemalangan Di Pulau Pinang, Dashcam Ini Buktikan Sebaliknya [Video]

Kecoh Polis Tendang Motosikal Hingga Kemalangan Di Pulau Pinang, Dashcam Ini Buktikan Sebaliknya [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Sejak semalam tular beberapa klip video bersama dakwaan di media sosial kononnya anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah menendang menendang motosikal yang dinaiki dua lelaki sehingga mengakibatkan kemalangan serta kecederaan parah kepada mangsa di Tanjung Tokong.

Menerusi video tersebut orang ramai dilihat meluahahkan rasa tidak puas hati mereka kepada tiga anggota polis terbabit sambil cuba ditenangkan oleh beberapa lagi anggota polis yang baru tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dalam satu kenyatan kemudiannya menafikan anggotanya menendang motosikal terbabit sebaliknya dua remaja tersebut telah melanggar lampu isyarat dan akhirnya berlanggar dengan sebuah kereta berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Sri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong.

Tambah Soffian pihaknya juga sudah menerima laporan daripada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Anggota terbabit mengarahkan mereka memberhentikan motosikal, namun kedua-duanya ingkar dan terus melarikan diri.

“Mereka tidak memberhentikan motosikal ketika di lampu isyarat merah dan terlanggar dengan kereta dipandu lelaki dari arah Georgetown menuju ke Tanjung Bunga,” katanya dalam kenyataan itu lagi,

Terbaru tular sebuah rakaman dash cam di Facebook yang membuktikan bahawa tiada polis yang menendang motor berkenaan sebelum kemalangan berlaku.

Pecut lari tinggalkan polis

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, jelas kedua remaja terbabit yang tidak mengenakan helmet telah melawan arus di hadapan Hotel Jazz dan memecut laju meninggalkan anggota polis berkenaan.

Mereka kemudian dilihat melanggar lampu isyarat sebelum bertembung dengan sebuah kereta berwarna putih dari arah kiri dan kemudian hilang dari pandangan.

Beberapa saat kemudian, baru muncul kelibat dua anggota polis URB yang cuba mendekati mangsa yang tidak lagi kelihatan di persimpangan jalan tersebut.

Tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.