fbpx
Now Reading
Tular Motosikal Atas Peti Surat, Rupanya Bukan Salah ‘Owner’

Tular Motosikal Atas Peti Surat, Rupanya Bukan Salah ‘Owner’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, 17 Januri tular beberapa foto di media sosial memaparkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang diangkat dan diletakkan di atas peti surat sebuah apartment di Pulau Pinang.

Menerusi kapsyen yang tular, insiden dipercayai berlaku kerana motosikal berkenaan diletakkan di petak kuning sehingga mengganggu laluan keluar masuk ke apartment tersebut.

Foto berkenaan kemudian sohor sehingga menyebabkan netizen meninggalkan komen sinis kepada pemiliknya.

Bukan salah owner, tapi orang lain alihkan motosikal ke petak kuning

Namun menerusi laporan Kosmo, seorang saksi yang juga penduduk flat berhampiran berkata kejadian berlaku bukan disebabkan sikap pemilik motosikal berkenaan.

Sebaliknya ia berlaku selepas seorang pemilik motosikal lain bertindak menolak motor jenis yamaha LC itu ke petak kuning sewaktu mahu mengambil motosikalnya. Dia bagaimanapun tidak mengalih motor berkenaan kembali ke tempat asal.

“Berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkannya dengan sesuka hati di dalam petak kuning.

“Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama.

“Tindakan sedemikian sememangnya boleh mengundang kemarahan penduduk selain menghalang laluan utama mereka terutama apabila berlaku sebarang kecemasan,” katanya dipetik Kosmo.

Malah setakat malam semalam motosikal berkenaan masih lagi berada di atas peti surat berkenaan walaupun sudah 24 jam ia masih berlaku.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.