fbpx
Now Reading
Atas Nama Fesyen, Gelang & Cincin Macam Cable Tie Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Atas Nama Fesyen, Gelang & Cincin Macam Cable Tie Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Fesyen adalah satu perkara yang sangat subjektif. Kerana gaya fesyen dan penampilan setiap manusia sebenarnya berbeza-beza

Namun kebanyakan kita sebagai manusia bisa tidak lari dari mengikuti evolusi fesyen yang sentiasa berubah-ubah seiring dengan peredaran zaman.

Selain fesyen pakaian, aksesori tambahan seperti cincin dan gelang juga digunakan sebagai pelengkap sesuatu fesyen.

Malah harganya juga kadangkala lebih mahal dari pakaian yang digunakan bergantung kepada jenis material dan ‘jenama’ di belakangnya.

Terbaru  gelang tangan dan cincin keluaran syarikat berjenama antarabangsa, AMBUSH menjadi perhatian ramai ekoran rupanya yang unik.

Nak tahu apa yang unik?

Kelihatan seperti cable tie

Rupanya yang kelihatan seperti cable tie yang boleh didapati di kedai hardware juga kedai buku berhampiran anda.

Ini pula cable tie

Sama kan??

Namun benarlah apa yang dikatakan, fesyen mengatasi segalanya.

Meskipun terlihat seperti cable tie atau zip tie, cincin dan gelang dari AMBUSH ini dijual dengan harga tidak masuk akal iaitu USD588 (kira-kira RM2,381) untuk gelang dan USD390 (kira-kira RM1,579) untuk cincin.

Tak masuk akal bukan?

Namun kuasa ‘fesyen’ membuatkan barangan tersebut habis dijual secara atas talian di laman Farfetcholeh AMBUSH.

Meskipun harganya tidak masuk akal, cincin berkonsepkan cable tie ini telahpun habis terjual secara atas talian di laman Farfetch, laman online yang menjual aksesori ekslusif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.