fbpx
Now Reading
Bangga Tinggal Secara Haram Di Bali Siap Buat E-Book Ajar Orang Lain, Wanita AS Diburu Imigresen Indonesia

Bangga Tinggal Secara Haram Di Bali Siap Buat E-Book Ajar Orang Lain, Wanita AS Diburu Imigresen Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/beiiley/status/1351108127136079883?

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Seorang warga Amerika Syarikat yang kini menetap di Bali, Indonesia baru-baru ini menjadi topik hangat oleh netizen di sana gara-gra ciapan yang dilakukannya di twitter.

Kristen Gray  yang menggunakan handle @kristentootie menerusi satu bebenang yang sudahpun dipadamkan berkongsi kepada orang ramai pengalamannya menetap dan bekerja di Bali sejak tahun 2019.

Namun topik itu bukanlah satu isu besar sebaliknya cara dia  mengambil kesempatan menyalahgunakan pas visa yang dimilikinya sehingga menetap lebih lama selain bekerja di sana namun enggan membayar cukai.

“Pulau ini (Bali) luar biasa karena dapat menampung gaya hidup mewah kami dengan harga yang lebih murah.”

“Saya memerlukan USD 1,300 (Rp18,3 juta) untuk satu studio. Sedangkan di sini saya berjaya memperoleh rumah dengan bayaran USD 400 (Rp5,6 juta),” katanya.

Salah guna visa

Bermula dari percutian bersama kekasihnya ke Bali pada tahun 2019 selepas berdepan pelbagai masalah kewangan di AS. Mereka kemudia mula ‘jatuh hati’ dengan Bali kerana pelbagai faktor antaranya kos hidup yang murah sehingga mampu hidup mewab disebabkannya.

Selepas wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, mereka yang ‘tersangkut’ disana akhirnya membuat keputusan untuk terus tinggal secara haram.

Lebih menguatkan keputusan mereka untuk terus menetap di sana selepas mereka berkenalan dengan sebuah komuniti sendiri  yang dikenali sebagai ‘Black In Bali’

Siap jual ebook untuk ikut cara mereka

Namun paling menimbulkan kemarahan orang ramai selepas wanita berkenaan dilihat berbangga dengan apa yang dilakukkannya malah mengajar orang lain menerusi ebook yang di jual untuk melakukan perkara sama seperti mereka

Malah lebih menambahkan kemarahan orang di sana selepas mendapati mereka menjana wang dengan menjadi graphic designer secara nomad tanpa membayar cukai.

Itu pun selepas netizen menjumpai menjumpai satu ciapan yang dibuat oleh pasangan Kristen, iaitu Saundra yang mengakui tindakannya.

“Kenapa saya perlu membayar cukai jika saya tidak menghasilkan rupiah? Saya membayar cukai kepada Amerika Syarikat kerana saya menghasilkan dolar,” tuturnya dalam ciapan yang ditemui netizen disana.

Netizen yang berang mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan.

Kini diburu imigresen

Ekoran itu mereka juga kini diburu imigresen Bali selepas isu ini mula diketahui pihak berkuasa.

Menerusi laporan dari portal Indonesia, Ketua Bahagian Imigresen di Wilayah Bali, Eko Budianto sudah menghantar pasukannya untuk menjejaki mereka.

Namun pihak imigresen dalam masa sama turut mengesyaki ejen yang menguruskan warganegara Amerika Syarikat itu adalah satu sindiket malah nama pasangan berkenaan juga tidak berada didalam pangkalan data .

“Kami sedang memeriksa data di pangkalan kami. Tetapi sejauh ini kami tidak memiliki maklumat yang tepat, kemungkinan nama tersebut bukanlah nama sebenarnya” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.