fbpx
Now Reading
Pencuri Kereta Patah Balik Semata-mata Nak Marah Owner Sebab Tinggal Anak Dalam Kereta

Pencuri Kereta Patah Balik Semata-mata Nak Marah Owner Sebab Tinggal Anak Dalam Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Seorang pencuri kereta di Amerika Syarikat boleh dikategorikan sebagai luar ‘biasa’ apabila dia dilaporkan berpatah balik ke tempat dia melarikan sebuah kereta, selepas menyedari terdapat seorang anak kecil di dalamnya.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya di Beaverton, Oregon pada jam sekitar 9 pagi itu, suspek juga bertindak memarahi pemilik kereta berkenaan, seorang wanita bernama Crystal Leary, kerana meninggalkan anaknya bersendirian didalam kereta.
Dia kemudiannya terus beredar selepas menurunkan kanak-kanak lelaki tersebut yang berusia empat tahun.

Sempat ugut nak telefon polis

Bukan itu sahaja, suspek juga sempat mengugut wanita berkenaan untuk melaporkan kecuaiannya kepada pihak polis.

Menerusi laporan CNN, kejadian tersebut bermula selepas Crystal meninggalkan anaknnya di dalam kereta yang masih hidup enjinnya untuk mendapatkan barangan keperluan di pasar menjual daging itu.

Namun sewaktu dia didalam, seorang lelaki secara tiba-tiba meluru masuk dan melarikan kenderaan SUV, jenis Honda Pilot model 2013 miliknya tanpa menyedari kewujudan seorang anak kecil didalamnya.

“Dia melompat masuk ke dalam kereta, terus memandu sebelum menyedari ada kanak-kanak 4 tahun di dalam lantas berpusing kembali.

Lokasi kejadian

“Dia kemudian mengarahkan wanita itu mengambil anaknya dan beredar dari situ,” kata pegawai polis Beaverton, Matt Henderson kepada CNN.

Jelas Henderson lagi, pihaknnya juga lega kerana lelaki tersebut masih sanggup untuk menghantar anak itu kembali.

“Kami bersyukur dia mempunyai pertimbangan untuk menghantar anak itu kembali. ” kata Henderson.

Hanya sesaat boleh merubah segalanya

Buat wanita itu pula, dia juga mengakui telah melakukan kesilapan yang besar namun bersyukur kerana anaknya tidak diapa-apakan.

“Sebagai seorang emak, kita sentiasa sibuk dan menyangka ia hanya sekejap.

“Ini adalah satu contoh di atas kecuaian kita dan anda boleh lihat betapa teruk situasi itu boleh terjadi.

“Saya bersyukur dia (anak) okay. Ianya tindakan bodoh dan saya tak akan lakukannya lagi, hanya sesaat boleh merubah segalanya,” kata wanita itu lagi

Difahamkan kereta wanita tersebut iaitu berjaya ditemui beberapa jam kemudiannya, namun polis masih giat memburu suspek tersebut yang dipercayai berusia sekitar 20-an hingga 30-an.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.