fbpx
Now Reading
“Damailah Disana Suamiku” -Isteri Kongsi Keperibadian Mulia Allahyarham Dr Ali Noor Hassan

“Damailah Disana Suamiku” -Isteri Kongsi Keperibadian Mulia Allahyarham Dr Ali Noor Hassan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Semalam negara dikejutkan dengan pemergian seorang petugas kesihatan KKM, Allahyarham Dr Ali Noor Hassan pada malam 18 Januari 2021 yang juga merupakan ahli berdaftar Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) .

Menerusi kenyataan awal yang dikongsikan SJPM, arwah dikatakan meninggal dunia disebabkan terlalu penat dek beban kerja, selain kekurangan masa untuk beristirehat.

“Bukan sebab kepenatan tapi penyakit lain ” – Dr Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kemudiannya memaklumkan pemergian beliau bukan disebabkan kepenatan sebaliknya disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Henti buat spekulasi

Selain mengesahkan yang Dr Ali negatif Covid-19, Dr Hisham turut meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi demi menghormati arwah serta keluarganya.

Bukan sebab penat tapi kerana Acute respiratory distress

Menurut isteri Allahyarham Dr Ali, suaminya meninggal dunia bukan disebabkan kepenatan atau Covid-19, sebaliknya meninggal dunia kerana acute respiratory distress.

“Tiba tiba banyak dapat request friend..sebab da viral ..ramainya yang doakan arwah suami dr Ali Noor Hassan hassan. Beribu ribu orang share dan doakan dia.Alhamdulillah.

“Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di HKL kerana acute respiratory distress bukan sebab covid/kepenatan bertugas melawan covid” kata Asilah lagi.

Rajin berdakwah

Tambah Asilah suaminya bukan setakat seorang pegawai perubatan sebaliknya aktif berdakwah dengan menyertai aktiviti tabligh. Selain itu beliau juga secara sukarela memeriksa kesihatan peserta ijtimak tabligh.

“Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh”

Suka ziarah rakan sakit & banyak bersedekah

“Tidak berkira kerja dengan kawan kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej dr ali antara org yg pertama melawat apabila kawan kawan Tak sihat. Beliau jugak byk bersedekah. Setiap Hari walau sedikit.

Banyak berbakti kepada arwah ibunya

Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk utk family mesti Akan belikan lauk yg sama utk arwah emak dia semasa hidup.

“Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia Akan usahakan cuti utk berkhidmat kepada mak dia. Sehingga mak dia di diagnose lung cancer pada August 2018 sanggup ambik cuti separuh gaji utk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hajat mak dia di ikn, dia antara yang ajar kan mak kalimah syahadah.

 Perkongsian ini jelas membuktikan Dr Ali merupakan seorang insan yang berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul. Pemergiannya pasti dirasakan ramai orang terutama keluarga dan sahabat rapat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.