Hampir 3 Bulan ‘Hilang’, Jack Ma Akhirnya Munculkan Diri Secara Maya [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Beberapa bulan lalu nama hartawan China, Jack Ma menjadi sebutan seluruh dunia selepas dia dilaporkan ‘hilang’ selepas mengkritik sistem kerajaan yang menurutnya menyekat inovasi orang ramai.
Malah sebelum kehilangannya disedari ramai, Jack Ma yang juga pengasas Alibaba Group sudah pun gagal memunculkan diri di khalayak ramai sejak Oktober. Dia juga langsung tidak emuat naik sebarang status di laman Twitter selepas kali terkakhir melakukannya pada Oktober tahun lalu.
Bukan itu sahaja, IPO salah satu syarikatnya iaitu nt Group yang sudah diluluskan turut ditangguh kembali atas beberapa alasan antaranya persekitaran pengawalseliaan teknologi kewangan.
Muncul buat pertama kali
Namun terbaru, Ma dilaporkan muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai secara online bersama 100 guru pada rabu.
Menerusi laporan Reuters, Jack Ma di dalam video terebut dilihat bersama bersama beberapa orang guru yang dipercayai mengajar di kawasan luar di China namun lokasi terperinci tidak diketahui untuk satu acara majlis tahunan guru-guru luar bandar.
Alibaba Group kemudian mengesahkan perkara tersebut dengan memaklumkan Jack Ma memang ada menghadiri majlis secara online.
Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Jack Ma dilihat mengenakan pullover berwarna Biru Navy bercakap dengan kamera di dalam sebuah bilik yang berwarna kelabu.
Menerusi video tersebut, Jack Ma yang juga bekas seorang pendidik turut berpesan kepada guru-guru tersebut yang dia tidak dapat berjumpa mereka seperti tahun-tahun terdahulu di Bandar Sanya, kerana Covid-19.
“Kita tidak dapat bertemu di Sanya kerana wabak Covid-19.
“Apabila wabak ini berakhir, kita akan mencari masa sesuai bertemu di Sanya dan sampai kita bertemu lagi,” katanya.
Kemunculan kembali Jack yang dilihat sihat dan bersemangat sekaligus melenyapkan spekulasi bahawa dia sedang ditahan kerajaan China.
Malah menurut Nikkei, kemunculannya membuatkan saham Alibaba kembali melonjak sekaligus meyakinkan para pelabur.