fbpx
Now Reading
Netizen Indonesia Dakwa Lihat Isyarat SOS Di Pulau Laki, Lokasi Jatuhnya Pesawat Sriwijaya Air

Netizen Indonesia Dakwa Lihat Isyarat SOS Di Pulau Laki, Lokasi Jatuhnya Pesawat Sriwijaya Air

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak malam tadi media sosial di Indonesia kecoh mengenai kewujudan isyarat kecemasan SOS yang dikesan di Pulau Laki.

Isyarat meminta tolong tersebut hangat & mengejutkan netizen di sana kerana lokasi pulau berkenaan yang terletak berhampiran dengan lokasi pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 yang terhempas baru-baru ini.

Menerusi laporan Suarabanten, isyarat tersebut dikesan di dalam Google Maps menyebabkan netizen bertindak melaporkannya ke akaun media sosial Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan(Basarnas), sebuah Agensi SAR di bawah kerajaan Indonesia.

Mula disiarkan di laman Instagram dan Tiktok, video rakaman layar dari aplikasi Google Earth yang memperlihatkan terdapat signal SOS di Pulau Laki itu kemudian mula tular dan menjadi sohor di semua platform.

Malah ia turut tular dikalangan netizen di malaysia.

@myworst13

Sinyal SOS Pulau Laki 😦 #sj182 #misteri #pulaulaki #fypシ #AksiEnergimu #Sos #Tolong

♬ abadi selamanya – Sarah Sitt

Menerusi video Tiktok tersebut jelas terdapat tanda hijau yang tertera perkataan S.O.S . Namun menurut pemilik video tersebut dia sebelum itu dikhabarkan isyarat SOS berkenaan bertulis : ‘Tolong kami’

Ekoran dari itu ramai yang mencuba mengakses aplikasi Google Maps dan menemui isyarat yang sama. Meskipun ramai yang mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan ada yang berpendapat ia mungkin amaran palsu/

Hasil pemerhatian sewaktu artikel ini ditulis, tanda tersebut masih lagi berada di aplikasi Google Maps.

Namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Basarnas atau mana-mana agensi kerajaan Indonesia lagi mengenai perkara ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.