fbpx
Now Reading
Perginya Perwira Negara, Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Meninggal Akibat Kepenatan

Perginya Perwira Negara, Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Meninggal Akibat Kepenatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Kemaskini] Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kemudiannya menafikan pemergian disebabkan kepenatan sebaliknya disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.


Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram   disini !

Seorang doktor yang merupakan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, pada hari isnin yang lalu.

Khabar duka pemergian  Dr Ali Noor Hassan yang merupakan ahli berdaftar Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) dikongsikan SPJM menerusi satu perkongsian di laman Facebook (FB) mereka semalam.

“Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya. Arwah merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

“Ini gambar terakhir beliau..”

“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

“Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan”

“Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” tulis kenyatan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.