fbpx
Now Reading
Sempat Tulis Nota, Pembantu Perubatan Maut Dipercayai Terjun Dari Tingkat 3

Sempat Tulis Nota, Pembantu Perubatan Maut Dipercayai Terjun Dari Tingkat 3

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Mangsa yang berasal dari Chemor dipercayai tertekan kerana mengalami masalah kesihatan justeru nekad terjun dari bangunan berkenaan

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, mayat mangsa yang berpakaian seragam hospital biru ditemui pengawal keselamatan di kawasan parkir motosikal hospita pada jam sekitar 6.45 petang.

Jelas beliau, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Selain itu, mangsa juga difahamkan sempat meninggalkan nota kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya di dalam begnya.

Menerusi nota tersebut  mangsa mengatakan yang tidak lagi mampu menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas.

“Mayat mangsa disahkan oleh rakan setugasnya di mana lelaki itu turut memaklumkan menjumpai nota bunuh diri dalam beg milik mangsa.

“Nota tersebut bertulis, ‘saya mati kerana saya tidak boleh tahan masalah kesihatan saya tidak boleh berfikir normal sorry (maaf) amma, Sumana dan kawan-kawan semua saya tidak mahu susahkan lagi u (awak) semua’,” katanya di sini hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.