fbpx

Hospital Penuh, Pesakit Covid-19 Di Mexico Terpaksa Beli Tong Oksigen Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peningkatan jangkitan COVID-19 yang begitu drastik di Mexico ketika ini ditambah dengan faktor hospital yang penuh memaksa penduduk di sana mula membeli tangki oksigen sendiri demi merawat ahli keluarga yang dijangkiti di rumah.

Sebagai usaha memudahkan rakyat mereka, kerajaan Mexico telah membuat program khas yang membolehkan orang ramai mengisi tangki oksigen sendiri secara percuma.

Namun keadaan ini tidak 100% membantu, kerana mereka ketika ini sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan tangki oksiden pula. Ini menyebabkan harga tangki naik mendadak.

Malah situasi itu menyebabkan kes kecurian tangki turut menjadi satu masalah baru disana.

Menurut Setiausaha Kesihatan Mexico, Hugo Lopez Gatell, jumlah kes di sana akan terus mencatatkan peningkatan dari hari ke hari sekiranya tiada penyelesaian dibuat.

Difahamkan ketika ini 89 peratus kapasiti hospital telah dipenuhi manakala 61 peratus katil hospital sedang digunakan.

Mereka juga mencatatkan purata kes harian sekitar 20 ribu pada minggu ini dengan jumlah kumulatif keseluruhan jangkitan COVID-19 disana sebanyak 1.73 juta dengan angka kematian tertinggi dalam sehari iaitu 1,803.

erta hospital yang penuh, menyebabkan rakyat negara itu berusaha merawat ahli keluarga mereka sendiri di rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.