Borong 1000 ‘Babi Air’ Demi Content, Youtuber Ini Akhirnya Mohon Maaf

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Buat penggemar Tiktok pasti tahu trend yang yang sedang hangat diperkatakan ketika ini adalah trend membela ‘babi air’.
Babi air yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan gel penyejuk, Kool Fever yang direndam kedalam air semalaman sehingga menjadi kembang.
Namun disebalik trend tersebut, seorang Youtuber yang juga Instafamous, Aisar Khaleed menjadi bahan kecaman netizen selepas dia menghasilkan video challenge dengan menggunakan 1000 produk gel tersebut untuk konten Youtubenya.
Video tersebut yang memperlihatkan Aisar bersama rakan-rakannya termasuk penyanyi terkenal, Asad Motawh bermain beberapa permainan dengan ‘babi air’ tersebut nyata membuatkan netizen berang.
Ini kerana ramai berpendapat lelaki ini telah membazirkan wang yang banyak hanya untuk konten Youtube selain gel ini dianggap penting untuk orang lain yang memerlukannya.
this guy just bought 1k of cool fever just to make babi air. 1k?? pic.twitter.com/HLacG31Q3s
— jib (@muhdnajib103) January 23, 2021
Malah ramai yang turut membandingkan tindakan lelaki ini membeli 1000 cool fever hanya untuk ‘dibuang’ berbanding dengan pendakwah Ustaz Ebit yang membeli 1000 peranti untuk kegunaan orang yang memerlukan.
theres a person who bought 1000 smartphones for students and theres a person who bought 1000 cool fever for a waste. such a big gap in intelligence. https://t.co/l5QmSXThVv
— 🖤 (@imhaiqalazreen) January 23, 2021
Teruk dikecam, pemuda ini akhirnya tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagramnya.
Saya minta maaf
Menerusi video tersebut, Aiser menjelaskan yang dia kini mengakui kesilapannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuataan sedemikian untuk konten-konten mendatang.
“Kat sini aku nak minta maaf, aku tak sepatutnya buat konten-konten macam tu. Lepas ni aku berharap, sebelum aku buat content aku akan pastikan (samada) patut atau tidak patut aku buat macam tu.
“Aku minta maaf, aku hanya manusia biasa. Aku harap korang maafkan aku dan lepas ni aku akan lebih berjaga-jaga ok ” kata Youtuber itu lagi.