fbpx
Now Reading
Tak Semua Orang Sanggup Buat, Pemuda Lepaskan Kereta Kesayangan Demi Kerja Amal

Tak Semua Orang Sanggup Buat, Pemuda Lepaskan Kereta Kesayangan Demi Kerja Amal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak semalam tular satu perkongsian yang dilakuan oleh Firdaus Wong, Presiden sebuah NGO, Multiracial Reverted Muslims (MRM) di laman Facebook nya menceritakan kisah seorang pemuda yang sanggup menyerahkan keretanya kepada MRM untuk tujuan amal.

Menerusi satu tangkap layaran perbualan Instagram yang dikongsi, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta miliknya Ford Ranger yang baru sahaja dibaiki, dengan kos mencecah RM15,000.

“Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi itu demi ‘pelaburannya di akhirat’ Allahuakbar. Ford Rangers yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’.

“Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak.

“Amanah sahabat semua akan kami tunaikan sebaik mungkin,” tulisnya dalam Facebooknya pada petang Ahad.

“Nak buat kerja dakwah macam tuan, tapi saya tak mampu”

Menerusi tangkap layar perbualan IG tersebut, Zam yang ditanya mengenai kereta apakah yang akan digunakannya pada hari mendatang selepas menginfak keretanya menjelas yang dia percaya pada rezeki yang Maha Esa.

Malah menurutnya dia sudah memasang niat untuk melakukan kerja dakwah seperti Firdaus dan pasukannya namun dia tidak berdaya.

“Ada la tu rezeki kereta lain kot. Tak tahu bang, tadi saya duduk seorang, bosan, tenung kereta…rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang tapi tiada lagi kerja dakwah saya buat.

“Kereta ini tidaklah cantik tapi memang sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini.

“Ambillah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tak jumpa saya, jangan lupa tanya Zam mana,” tulisnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.