fbpx
Now Reading
Lahir Atas Perahu Semasa Banjir, Adik Ini Diberi Nama Siti Nur Banjiriah [Video]

Lahir Atas Perahu Semasa Banjir, Adik Ini Diberi Nama Siti Nur Banjiriah [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Rakyat Indonesia memang sinonim dengan nama unik dan ganjil. Sebagai contoh dua bayi yang lahir di musim Covid-19 sebelum ini telah diletakkan nama yang berkait dengan virus tersebut.

Baca artikel berkaitan : 6 Nama Unik Bayi Sempena Covid-19

Terbaru seorang bayi yang baru lahir di musim banjir di Kalimantan Selatan, Indonesia telah dinamakan Siti Nur Banjiriah.

Menerusi laporan Tribunnews, ibunya Ernawati telah melahirkan Siti Noor Banjiriah di atas sebuah bot pada 20 Januari lalu sewaktu air sedang berada di paras tinggi dan menenggelamkan banyak kawasan di sana termasuk kampung mereka, Desa Lokbaintan, di mukin Sungai Tabuk, Banjar.

“Pagi 20 Januari, saya sudah merasakan sakit untuk bersalin. Ketika bersiap untuk ke hospital, air tiba-tiba naik mendadak.

“Baru sahaja naik bot, saya rasa bayi sudah mahu keluar,” kata Ernawati sambil mengimbas keadaan yang berlaku pada hari tersebut.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana kebetulan ditemani dua bidan sewaktu berada di atas bot tersebut, dimana salah seorang darinya bernama Arfat.

“Kami melihat bukaan yang jelas, dan ibunya sedia melahirkan,” ujar Arfat kepada Kompas.

Selepas beberapa ketika bergelut, Ernawati akhirnya selamat melahirkan Siti Noor Banjiriah dengan berat 3.3 kilogram

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.