Tular Isu J&T ‘Buli’ Pekerja, Lelaki Ini Kongsi Situasi Sebenar Yang Berlaku

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak beberapa hari yang lalu, nama syarikat penghantaran barang, J&T Express hangat diperkatakan selepas ada dakwaan yang mengatakan mereka ‘membuli’ pekerja delivery mereka dengan mengubah sistem pembayaran komisyen yang kini menjadi a berat sebelah.

Semuanya selepas penularan beberapa posting yang didakwa ditulis oleh seorang pekerja J&T sendiri yang mendakwa pekerja mereka tidak dilayan dengan baik dan berdepan banyak pemotongan dari segi elaun dan komisen.

Isu berkenaan menyebabkan orang ramai menjadi marah sehingga ada yang mencadangkan agar rakyat Malaysia mula memboikot syarikat penghantaran berkenanaan.

Enggan isu ini diperpanjangkan lagi seorang pengguna Twitter, Rudy yang juga seorang pekerja penghantaran J&T kemudiannya tampil berkongsi keadaan sebenar di sana.

Bukan isu besar pun

Menurut Rudy, memo tersebut dikeluarkan sebenarnya sebagai cara agar pihak rider untuk mempercepatkan aktiviti penghantaran bagi mengelakkan timbunan barang di gudang mereka.

Ini kerana j&t antara syarikat perhantaran yang terpantas dan efisien.

Sehari 100 parcel celah gigi

Tambahnya adalah normal bagi pekerja untuk melakukan penhantaran lebih dari seribu. Sebagai contoh dia sendiri sudah melakukan lebih 1200 penghantaran manakala ada rider yang sudahpun menyelesaikan 3000 parcel setakat 25 januari.

Malah langsung tidak timbul isu tidak bayar seperti yang tular katanya lagi.

“Aku pun dah 1200 parcel bulan ni, Ada rider yang dah 3,000 parcel sampai tarikh hari ini. Mereka cakap sahaja yang mereka tidak bayar tapi sebenarnya mereka bayar sahaja,” jelas nya lagi.

Mengulas lanjut mengenai kawasan bertugas, Rudy menjelaskan setiap rider hanya hanya perlu menghantar barangan di kawasan yang ditugaskan sahaja.

Dia turut memberi contoh sekiranya rider tersebut ditugaskan di Taman Bahagia, tugasnya hanya perlu menghantar barangan di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Semua ada elaun, minyak bukan duit sendiri

Tambahnya tidak patut timbul isu kesian.Ini kerana kesemua pekerja mempunyai gaji asas dan beberapa elaun serta komisyen.

Malah mereka juga mempunyai KPI masing-masing bergantung pada kawasan dan gudang. Jika ada banyak barangan yang tiba di pusat penghantaran tersebut, maka KPI akan berubah. Tambanhnya minimum barangan adalah dari 900 hinggalah ke 2,000 bungkusan untuk sebulan.

Jawapannya sekaligus menafikan apa yang tular di media sosial. Harapan kami, perkongsian dari Rudy ini dapat menjawab dan merungkaian persoalan orang ramai mengenai isu yang sedang panas ini.

Foto header : Foto sekadar hiasan Foto : FB J&T Gunung Bachok

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

12 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

12 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

12 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

14 hours ago