Now Reading
Sony Lancar Xperia Pro Dengan Harga Lebih RM10,000

Sony Lancar Xperia Pro Dengan Harga Lebih RM10,000

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Peminat gajet pasti ingat yang Sony sewaktu majlis pelancaran Xperia 1 II pada Februari tahun lalu ada mengumumkan akan melancarkan Xperia Pro

Ketika diumumkan, peranti 5G yang menyasarkan golongan profesional dan peminat fotografi ini masih lagi dalam pembangunan.

Terbaru, Sony sudahpun melancarkan Xperia Pro di pasaran Amerika Syarikat, Namun jangan terkejut dengan harganya dimana ia dijual pada harga  $2,499.99 iaitu sekitar RM10,111.

Malah setakat ini ia hanya akan dipasarkan secara ekslusif di Amerika Syarikat sahaja.

Dari segi spesifikasi Xperia Pro sebenarnya hanyalah sebuah Xperia 1 II yang dinaiktaraf dimana spesifikasinya adalah  paparan 6.5 HDR OLED 21:9 dengan cip Snapdagon 865. Selain itu ia juga dilengkapi memori sebesar 12GB RAM, storan 512 GB, kamera utama lensa 12MP+12MP+12MP , kamera hadapan 8MP dan bateri dengan kasapiti 4000 mAh.

Selain itu kamera utamanya juga sudah menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha, satu pembaharuan yang tidak disangka-sangka kerana lensa Zein sebelum ini lebih sinonim dengan peranti Nokia dalam pasaran telefon.

Namun ciri tambahan Xperia Pro ialah ia dilengkapi sokongan mmWave dan Sub-6 serta port micro-HDMI sekaligus membolehkannya digunakan sebagai monitor tambahan bagi kamera Sony Alpha.

Ia juga mempunyai butang sisi tambahan yang boleh diprogramkan untuk membuka aplikasi dengan pantas.

Dari segi memori, Xperia Pro dimuatkan dengan 12GB RAM dan storan sebanyak 512G. Selain itu itu ia turut menyokong fungsi external storage sehingga 1TB melalui slot kad microSD. Ciri lain sokongan termasuk penarafan kalis air IP65/68Bluetooth 5.1 dan lain-lain,

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.