fbpx
Now Reading
“Baru Nak Kenal Islam, Kenal Nabi” – Nabil Ahmad Sebak, Bersyukur Selepas 3 Hari Ikut Tabligh

“Baru Nak Kenal Islam, Kenal Nabi” – Nabil Ahmad Sebak, Bersyukur Selepas 3 Hari Ikut Tabligh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad  yang berkongsi pengalamannya selepas selesai mengikuti jemaah tabligh selama tiga hari.

Menerusi video terebut Nabil dilihat meluahkan perasaannya yang agak lama ‘terbungkam’. Jelas 3 hari bersama mereka memberikan 1001 makna buat pelawak perkenaan.

Jelas Nabil, dia begitu sebak kerana dia baru mengetahui suasana beribadah (tahajud, qiamullail dan sebagainya) pada usia 37 tahun.

“Suasana ni tak pernah tengok. Tahajud haritu bangun, adik-adik mengaji abang Nabil menangis dekat tempat ambil wuduk sana sorang-sorang.

“Tak pernah tengok, tak pernah tahu ada suasana macam ni. Tak pernah tahu. Bayangkan, umur 37 tahun tak pernah tahu ada suasana macam ini.

 Difahamkan ia merupakan pengalaman pertama Nabil menyertai jemaah tabligh sepanjang hidupnya.

Lebih sebak, apabila Nabil dilihat menangis teresak-esak sambil bercerita memandangkan dia baru mula ingin mengenal agama Islam atau tentang kisah-kisah Nabi.

Lebih sebak, Nabil dilihat menangis kerana pada usia tersebut dia baru mula ingin mengenal agama Islam atau tentang kisah-kisah Nabi.

“Abang Nabil ni yang baru nak ‘masuk’ Islam, baru nak kenal Islam, baru kenal Nabi. Baru kenal Nabi siapa, baru nak menangis pasal Nabi. Apa Nabi buat dulu, sahabat buat dulu baru Abang Nabil tahu,” luahnya.

Mengakui malu dengan dirinya dalam tempoh tiga hari bersama mereka, nabil jelas bersyukur kerana telah diberi peluang mengenal Islam lebih mendalam.

“3 hari inilah, hari paling malu dalam hidup saya. Hari pertama saya datang, adik tu baca Surah Nun tu saya malu ustaz. Saya tak pernah rasa semalu ni. 3 hari yang cukup bahagia, cukup hebat untuk abang Nabil. Alhamdulillah,” katanya.

Malah menerusi perkongsian seorang pendakwah, Ustaz Ahmad Farkhan Daie, Nabil turut dilihat menyertai rakan-rakan tabligh berdakwah di sebuah rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.