“240 Pelaburan Berprofil Tinggi Sedang Dirunding Bagi 2021” – MIDA

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan telah mengenal pasti 240 projek pelaburan asing berprofil tinggi dengan nilai keseluruhan pelaburan RM81.8 bilion.

Pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkenaan yang sedang dirunding ini disasarkan pelaksanaannya pada tahun 2021.

Jelas MIDA, buat masa ini mereka sudah menerima dan sedang melakukan penilaian pelaburan berpotensi yang bernilai RM47.7bilion dan sekiranya diluluskan, ia akan dilaksanakan antara 2021 hingga 2022.

“Projek-projek ini, setelah diluluskan, dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh 2021 hingga 2022,” kata MIDA.

Tambah MIDA, negara juta telah mencatatkan jumlah perlaburan bernilai RM109.8 bilion melibatkan 2,935 projek bagi sembilan bulan pertama 2020.

“Pelaburan ini melibatkan 2,935 projek dan akan mewujudkan 64,701 peluang pekerjaan. Pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang hampir 40 peratus (RM42.6 bilion). Merealisasikan pelaburan ini dalam jangka masa terdekat hingga sederhana akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi pada 2021 dan seterusnya. 

“Sektor pembuatan menarik bahagian terbesar pelaburan yang diluluskan bagi tempoh ini, menyumbang lebih separuh (59.5 peratus) atau RM65.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (39 peratus/RM42.8 bilion) dan sektor utama (1.5 peratus/RM1.7 bilion),” kata MIDA. 

Menerusi kenyataan sama, MIDA turut optimis pelaburan asing ke Malaysia akan terus berkekalan sama seperti sebelum penularan Covid-19 kerana kedudukannya di rantau Asia Pasifik dan pusat ASEAN.

“Malaysia yang terletak di lingkaran Asia Pasifik dan menjadi pusat ASEAN, akan terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

“Ketersediaan infrastruktur yang begitu baik, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan perbankan, industri sokongan serta pelbagai bakat kemahiran dan tenaga kerja terlatih merupakan faktor penarik untuk dipertimbangkan oleh pelabur,” kata Mida.

Recent Posts

  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

49 seconds ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago