fbpx
Now Reading
Pencipta Mi Segera Indomie Meninggal Dunia

Pencipta Mi Segera Indomie Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/gustirapi/status/1354502957258088448

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bergelar seorang pelajar, antara makanan yang sering menjadi pilihan selain Mi Segera Maggi pastinya adalah Mi Indomie.

Namun semalam pencipta varian rasanya yang juga tukang perencah Indomie, Nunuk Nuraini dilaporkan telah meninggal dunia.

Memetik laporan portal Kompas.com, perkhabaran duka mengenai pemergian Nunuk Nuraini di usia 59 tahun itu disahkan Ketua Perhubungan Masyarakat Indofood, Nurlita Novia Arlaida.

“Ibu Hj Nunuk Nuraini wafat hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” kata Novi kepada Kompas.

Pihaknya bagaimanapun tidak menyatakan sebab kematian Allahyarhamah.

Pertama kali dikeluarkan pada tahun 1972, produk Indomie pernah dinobatkan sebagai ramen paling sedap oleh portal Amerika Syarikat, LA Times pada November 2019.

Kehilangan Allahyarhmah turut mendapat perhatian netizen di sana yang turut berduka namun bangga di atas legasi yang telah ditinggalkannya buat mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.