fbpx

Keluarga Angkat Adik Amir Mahu Tuntut Bawa Jenazah Pulang Kebumi Di Rawang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita kematian seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya di rumah di Taman Krubong Jaya semalam mengejutkan ramai orang.

Lebih meruntun jiwa apabila mengetahui mangsa, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7 yang ditemukan lemas di dalam di dalam tong air di rumah dengan beberapa kesan kecederaan di badan sebenarnya merupakan kanak-kanak sama yang pernah tular tiga bulan lalu selepas kisahnya yang terpaksa diserahkan kembali kepada ibu kandungnya oleh keluarga angkat yang sudah membesarkannya selama 7 tahun menarik perhatian orang ramai.

Baca artikel berkaitan : Anak Angkat Diambil Semula, Keluarga Ini Buat Video Kenangan Buat Amir

Ekoran dari berita yang mengejutkan itu, keluarga angkat arwah Amir yang menetap di Rawang kemudiannya terus bergegas ke Melaka sebaik mendapat kebenaran merentas negeri.

Keluarga Norlida Abu Hassan menerusi satu perkongsian oleh anaknya, Tuhfah Nazihah Tarmidi,  difahamkan sedang dalam usaha untuk menuntut jenazah adik Zubairi Amir untuk di bawa pula ke rumah mereka di Rawang untuk dikebumikan.

Menerusi video yang dikongsikan Nazihah, jelas ibunya tidak mampu menahan sebak sewaktu bertemu dengan media.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai  untuk mendoakan agar urusan membawa pulang jenazah Amir dipermudahkan memandangkan mereka semua begitu menyayanginya seperti darah daging sendiri.

Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan kedua ibu kandung dan bapa tiri anak malang tersebut , direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.