fbpx
Now Reading
Wanita Dera Anak Sampai Mati Bukan Pesakit Mental – Polis

Wanita Dera Anak Sampai Mati Bukan Pesakit Mental – Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wanita berumur 32 tahun yang dipercayai mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga mati dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka pada Jumaat lepas bukanlah pesakit mental seperti yang didakwa banyak pihak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman dia bagaimanapun pernah mendapatkan rawatan psikiatri biasa di Hospital Melaka pada 2019.

“Polis tidak memperoleh laporan khusus mengatakan suspek mempunyai masalah mental dan wanita berkenaan juga tidak mempunyai kad orang gila.

“Suspek juga tidak pernah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital bahagia,” katanya kepada Bernama.

Baca artikel berkaitan : Keluarga Angkat Adik Amir Mahu Tuntut Bawa Jenazah Pulang Kebumi Di Rawang

Terdahulu, tular di media sosial selepas seorang pengguna Twitter mendakwa ibu kandung mangsa mempunyai sakit mental.

Jelasnya wanita tersebut mula mengalami gangguan berkenaan selepas kepalanya dihentak menggunakan kayu golf suatu masa dahulu.

Dalam kejadian pada hari Jumaat, mangsa yang baru 3 bulan menetap bersama ibunya ditemukan lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.