fbpx
Now Reading
Jenazah Adik Amir Selamat Dikebumikan Di Jasin

Jenazah Adik Amir Selamat Dikebumikan Di Jasin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Selepas tiga hari, jenazah adik Amir yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin sekitar jam 12.40 tengah hari tadi.

Jenazah arwah adik Amir atau nama betulnya Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek yang dituntut keluarga kandung ibunya di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka pada jam 10.05 pagi tadi selepas keluarga angkatnya gagal mendapatkan kebenaran untuk membawa pulang jenazah kemudiannya disolatkan di Surau Madrasah As Syakirin sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Foto : Kosmo Digital

Perkara sama turut dikongsikan kakak angkak kepada adik di laman Facebook miliknya dengan catatan ringkas : “Alhamdulillah Amir dah selamat dikebumikan”

Difahamkan tanah perkuburan tersebut terletak 600 meter dari rumah datuk kandung adik Amir.

Menerusi laporan Bernama,  majlis pengebumian tersebut yang dikawal ketat oleh pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Awam dan Angkatan Pertahanan Awam turut dihadiri oleh kedua-dua keluarga arwah iaitu keluarga kandung dan keluarga angkatnya.

Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan tersebut atas permintaan keluarga kandung kanak-kanak itu.

Ibu angkat arwah adik Amir, Norlida Abu Hassan, 50, yang ditemui media berkata meskipun arwah tidak disemadikan di Selangor, namun dia sekeluarga akan tetap menziarahi pusara anak angkatnya itu.

Foto : Harian Metro

Terdahulu impian mereka untuk membawa jenazah adik Amir pulang ke Rawang untuk dikebumikan di sana tidak mendapat persetujuan waris keluarga kandungnya.

Mayat mangsa yang selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka sekitar malam tadi kemudiannya telah dituntut waris dari belah ibunya untuk diuruskan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.