fbpx
Now Reading
Selepas ‘Serangan’ Anonymus Malaysia, Menteri Keselamatan Sahkan Lawan Web Kerajaan Selamat

Selepas ‘Serangan’ Anonymus Malaysia, Menteri Keselamatan Sahkan Lawan Web Kerajaan Selamat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak semalam, netizen dan portal teknologi hangat memperkatakan mengenai status yang dimuat naik Anonymous Malaysia yang mengumumkan sebuah kumpulan penggodam yang dinamakan Cyberpunk Team telah berjaya menggodam lima laman web milik kerajaan.

Menggunakan tanda pagar #Opswakeup21 sebagai nama operasi mereka, Anonymous Malaysia menyenaraikan lima laman web yang dimaksudkan iaitu laman web milik kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan laman Kerajaan Negeri Perak.

Imej pada laman web berkenaan yang digodam seolah memberi pengajaran dan peringatan buat kerajaan Malaysia khususnya sysadmin dan pembangun mereka untuk menyemak dan memantapkan sistem sekuriti agar tidak mudah diceroboh khususnya daripada pihak luar.

Terbaru, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sistem pertahanan negara dan laman web milik kerajaan disahkan berada dalam keadaan selamat, setakat ini.

“Di bawah kementerian, tidak ada (penggodaman) dan kita harap kementerian akan terus selamat daripada digodam,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di sini pada Isnin.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan notis amaran kepada semua sysadmin agensi kerajaan agar mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah dan meminimumkan impak ancaman Anonymous Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.