fbpx
Now Reading
Akhirnya Terjawab, Bunyi Letupan Misteri Di Sabah Disebabkan Meteor

Akhirnya Terjawab, Bunyi Letupan Misteri Di Sabah Disebabkan Meteor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini rakyat di Sabah gempar selepas beberapa daerah di sana dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.

Dalam kejadian pada jam sekitar 11 pagi Ahad lalu itu, penduduk di daerah seperti Beaufort, Sipitang, Membakut, Kuala Penyu dan kawasan sekitarnya mendakwa terdengar satu dentuman kuat diikuti dengan gegaran selama beberapa saat.

Ekoran dari itu ramai mula memuat naik status di media sosial memandangkan bunyi berkenaan bukan seperti gempa bumi, petir atau apa sahaja yang pernah didengari sebelum ini.

Namun ramai beranggapan ia bersifat semulajadi dan ada juga yang merasakan ia adalah dari letupan sebutir bom Perang Dunia Kedua yang ditemukan di sebuah kampung di Simpang 11, Labuan beberapa hari sebelumnya.

Namun semua itu dinafikan pihak berkuasa yang menjelaskan tidak ada sebarang aktiviti peletupan bom atau latihan membabitkan ketenteraan disana pada hari kejadian sedangkan kejadian tersebut turut didengari jauh ke Labuan dan Brunei.

Agensi Astronomi Brunei sahkan bunyi Meteor

Terbaru, segala misteri mengenai letupan bom tersebut akhirnya terungkai, selepas sebuah agensi dari Brunei mengesahkan ianya berpunca daripada meteor atau turut dikenali dengan panggilan tahi bintang.

Foto via PABD

Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), semalam mengesahkan terdapat Meteor yang dikesan memasuki ruang udara Brunei sekitar pukul 11 pagi.

“Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei sekitar pukul 11 pagi. Beberapa orang saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi yang kuat dan berasap.

“PABD juga ada menerima makluman dan beberapa keping gambar daripada saksi kejadian,” katanya di laman Facebook.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.