Kalau Dah Jiwa Pendidik, Dalam Pusat Kuarantin Pun Cikgu Ini Masih Gigih Buka Laptop Mengajar

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Umum pasti mengetahui situasi semasa jangkitan Covid-19 yang begitu membimbangkan memaksa Kementerian Pendidikan untuk menunda sesi persekolahan secara bersemuka dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bukan sahaja ibu bapa, malahan guru sendiri sedang berdepan cabaran menyesesuaikan diri dalam menggunakan kaedah ini memandangkan semuanya berlangsung secara atas talian.

Namun terbuktilah pengorbanan seorang guru sememangnya luar biasa. Sikap komited dan dedikasi yang tinggi dari ramai para guru membuatkan sesuatu yang mustahil kini semakin menampakkan hasilnya.

Malah ada dari mereka yang sebenarnya langsung tiada kemahiran berkomputer, tidak pandai menggunakan perisian, namun satu demi satu sudah dilihat mula membiasakan diri; demi memberikan yang terbaik buat anak didik mereka.

Namun situasi berbeza buat seorang guru di Sabah ini, beliau mencuri tumpuan ramai kerana meneruskan PdPR bersama anak muridnya sedangkan beliau seharusnya berehat selepas disahkan positif Covid-19.

Kisahnya mula menjadi perhatian selepas tular video panggilan oleh pengacara-pengacara HotFM yang menghubungi Cikgu Naimmi Yusof, disamping visual singkat yang memperlihatkan beliau sedang gigih mengajar anak muridnya secara atas talian dari pusat kuarantin di Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

Difahamkan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor, Keningau ini sepatutnya berehat dan diarahkan bercuti oleh pengurusan sekolah selepas disahkan positif wabak tersebut pada 26 Januari lalu.

Tak nak anak muridnya ketinggalan

Namun selepas beberapa hari di pusat kurantin, guru mata pelajaran sejarah tersebut yang mula risaukan anak-anak muridnya yang akan ketinggalan, segera bangkit membuka laptop dan mengenepikan rasa sakitnya untuk mengajar mereka.

“Alhamdullilah.. Dapat smula berPDPR.. Melaksanakan amanah.. kalau 4 hari yang lepas memang azab.. Dada rasa sempit,bercakap pun penat. kata guru kelahiran Kedah ini di laman Facebooknya pada hari pertama melakukan PdPR di pusat kuarantin .

Malah beliau sempat memuat naik video pembelajaran yang turut diselangi dengan slaid dan penerangan yang boleh dikatakan menarik dalam memudahkan pemahamam anak muridnya di laman Youtube.

Malah kisah beliau dan seorang lagi kerani sekolah turut dikongsikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim di laman Facebook beliau.

Kagum dengan kisah penuh berinspirasi tersebut, rata-rata netizen memuji sikap Cikgu Naimmi yang meletakkan keutamaan kepada pelajaran murid-murid walaupun beliau sudah diberikan cuti sakit.

Malah ramai memuji inisiatif dan usaha beliau menghasilan video pembelajaran tersebut yang disifatkan kreatif dan menarik walhal semua itu dilakukan sewaktu menjalani kuarantin.

Ramai juga yang turut mengambil kesempatan mendoakan agar kesihatan pendidik ini kembali sihat.

Sudah sembuh dan dibenarkan keluar semalam

Difahamkan beliau sebenarnya sudahpun pulih dan dibenarkan keluar semalam selepas 10 hari menjalani rawatan dan kuarantin di pusat kuarantin tersebut.

“Malam last berPDPR Di sini.. Esok dah bleh kluar.. Alhamdullillah..”

“Selama 10 hari disini macam-macam pengalaman baru saya dapat.Di kelilingi dengan orang-orang beraura Positif, petugas KKM yang baik hati.. sahabat sahabat yang saling menyokong t antara satu sama lain.. Dari yang muda hingga yang tua.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya.. Saya berdoa semoga kita semua dan ahli keluarga sentiasa dilindungi dan dijauhi dari penyakit ini.. Aminnn.. ” tulis beliau menerusi satu perkongsian

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

18 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

18 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

18 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

20 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

21 hours ago