UPM Siasat Staf Tular Maki & Provok Pemandu Lelaki Di Serdang

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Media sosial sejak semalam hangat ekoran penularan sebuah video memperlihatkan aksi seorang wanita yang dipercayai bergelar ‘Doktor’ melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata makian terhadap seorang pemandu lelaki.

Menerusi video tular tersebut, wanita berkenaan dipercayai cuba melakukan pusingan- U di sebuah jalan di Serdang manakala lelaki dari arah bertentangan.

Namun lelaki tersebut dari arah seberang telah memunyikan hon yang panjang sebagai peringatan menyebabkan wanita berkenaan menjadi berang sebelum dia bertindak mengejar kereta tersebut.

Kedua kenderaan yang berhenti di lampu trafik mereah kemudian mula bertekak diakhiri dengan wanita tersebut mengungkap bahasa kesat malah mendoakan agar individu terbabit dijangkiti Covid-19.

Lokasi kejadian yang dekat dengan Hospital Serdang menyebabkan orang ramai mula beranggapan bahawa wanita tersebut merupakan seorang frontliner yang bertugas di sana.

Namun petang tadi Pengarah Hospital Serdang menerusi satu kenyataan menafikan wanita berkenaan adalah kakitangan mereka mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia.

Netizen kemudiannya berjaya mengesan identiti wanita tersebut dimana beliau bukanlah seorang kakitangan KKM sebaliknya seorang Profesor dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tidak lama kemudiannya Universiti Putra Malaysia menerusi satu hantaran di Twitter tampil memberi maklum balas mengenai wanita tersebut dan mengesahkan wanita berkenaan adalah staf mereka.

Maklum Balas UPM mengenai reaksi Staf yang didakwa bertengkar.

“UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM. 

“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya,” tulis pada kenyatan media yang di keluarkan Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM berhubung isu berkenaan.

Dijengah ke ruangan komen, meskipun pada mulanya ramai yang berpihak kepada pemandu lelaki tersebut namun kini ada yang berpendapat wanita itu sebenarnya sudahpun menerima ‘hukuman’ selepas video yang menampakkan wajahnya tular di media sosial.

Sehubungan itu ramai yang memohon agar beliau tidak dikenakan tindakan berat seperti gantung atau dibuang kerja dan sebagainya.

InsyaAllah dah sedar.. cukup bagi teguran

Jangan sampai buang kerja

Bagi amaran sahaja, mungkin banyak jasa

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago