Pelajar Tingkatan 1 Tayang Video Lucah Sehingga Cikgu Terpaksa Hentikan Sesi PdPR

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bukan mudah sebenarnya bergelar seorang pendidik. Tugas mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa ‘menjaga’ anak-anak murid dari segi tingkah laku dan disiplin sepanjang mereka berada di sekolah.

Dalam keadaan negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 ini pula, tugasan mereka menjadi lebih mencabar dimana mereka kini terpaksa menyesuaikan diri dengan norma pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi menggantikan pembelajaran secara bersemuka.

Namun lain pula cabaran seorang guru dari Kuala Lumpur ini. Dek kerana perbuatan tidak senonoh seorang pelajarnya, sesi PdPRnya bersama murid pada hari itu terganggu dan akhirnya dibatalkan.

Papar video lucah di Google Meet

Semuanya gara-gara tindakan berani dan biadap pelajar tersebut memaparkan video lucah sewaktu sesi PdPR yang dikendalikannya sedang berlangsung.

Menerusi laporan Malaysiakini, cikgu tersebut dari sebuah sekolah di Kepong yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu N, memaklumkan pelajar tersebut berkongsikan video jijik berkenaan sewaktu sesi PdPR sedang berjalan di dalam Google Meet.

Foto sekadar hiasan

“Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google meet dengan menyiarkan video lucah”

Dilakukan pelajar 13 tahun

Lebih mengejutkan, tindakan berkenaan dilakukan oleh seorang pelajar tingkatan satu, yakni baru sahaja memasuki alam sekolah menengah.

“Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru,” katanya kepada Malaysiakini.

Ekoran dari itu, Cikgu N berkata terpaksa menghentikan sesi pembelajaran tersebut secara serta-merta; satu tindakan yang pastinya mengganggu proses pembelajaran murid-murid lain.

Situasa sama dihadapi cikgu lain

Pengalaman hampir sama turut dilalui seorang lagi guru yang tidak mahu namanya didedahkan.

Lebih parah kejadian tersebut berlaku di hadapan 100 muridnya yang sedang menyertai sesi tersebut.

Sehubungan itu, cikgu ini telah membuat aduan kepada pihak pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago