
Tak viral, tak dapat bantuan? ‘Log out’ & lihat sekeliling, dunia luar lebih luas – Dr Zulkifli
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari ini menerusi hantaran di laman Twitternya berpesan kepada orang ramai khususnya golongan netizen agar tidak cepat buruk sangka dan menuduh agensi seperti pusat zakat seolah tidak memainkan peranan mereka.
Jelas beliau, mereka tidak seharusnya melihat satu perkara menerusi apa yang difahami dan diketahui di media sosial dan internet sahaja sebaliknya keluar dari ‘kepompong’ mereka dan melihat pada dunia luar.
“Di Wilayah Persekutuan, 25,000 asnaf terima bantuan zakat bulanan. Ada 30 skim tersedia. Dilaporkan di medsos (media sosial).
“Kemudian, ada yang berkata ‘kalau tak viral di Twitter, entahlah dapat bantuan ke tak’
“Log out dan lihat sekeliling. Dunia luar lebih luas. Tidak hanya di media sosial,” tulis beliau.
Di WP, 25k asnaf terima bantuan zakat bulanan. Ada 30 skim tersedia. Dilaporkan di medsos.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 4, 2021
Kemudian, ada yg berkata “Kalau tak viral di Twitter, entahlah dapat bantuan ke tak.”
Log out dan lihat sekeliling. Dunia luar lebih luas. Tidak hanya di media sosial. https://t.co/WwvLYaFHAl
Beliau dalam masa turut berkongsi tweet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mengumumkan telah menyalurkan RM11.08 juta dana zakat untuk beberapa program dalam membantu mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Ini MAIWP sahaja untuk Januari 2021. Belum campur lagi agensi-agensi lain di bawah saya. Esok saya akan umum jumlah penuh” tulis beliau menerusi satu lagi hantaran.
Ini MAIWP sahaja untuk Januari 2021. Belum campur lagi agensi-agensi lain di bawah saya. Esok saya akan umum jumlah penuh.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 4, 2021
“Agensi agama, pusat zakat di mana?” #KamiAda di sini. https://t.co/DYDKnINFSw https://t.co/oq6AmaeNbk
Beliau dalam masa sama turut menyarankan orang ramai yang ingin tahu perkembangan mengenai sumbangan zakat dan bukan zakat menerusi akaun media sosial setiap agensi mengikuti negeri.
“Saya sarankan ikuti media sosial FB PPZ MAIWP dan Baitulmal MAIWP. Ikuti juga media sosial agensi mengurus zakat negeri-negeri lain.
“Untuk bantuan selain zakat, rujuk YaPEIM, YADIM dan lain-lain. Di situ, boleh kita maklum sama ada jarang atau tidak dikemas kini atau sebaliknya,” ujarnya lagi.