fbpx

Teruk Dikecam, Wanita Tular Provok, Maki Pemandu Lelaki Di Serdang Minta Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Panas media sosial sejak semalam selepas tular dua video memperlihatkan aksi seorang wanita yang dipercayai bergelar seorang Profesor Madya melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata makian terhadap seorang pemandu lelaki.

Menerusi video tular tersebut, wanita berkenaan dilihat menggunakan kata-kata makian dengan nada yang tinggi malah disatu tahap mendoakan lelaki berkenaan terkena jangkitan Covid-19 ekoran terlalu marah dengan bunyi hon panjang yang dilakukan lelaki berkenaan selepas kedua mereka nyaris berlanggar sebelumnya.

Ekoran dari itu, beliau dikecam hebat dengan rata-rata netizen menyifatkan beliau terlalu biadap dan langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang pakar akademik dari universiti ternama.

Tidak sampai 24 jam video tersebut tular, beliau akhirnya tampil membuat satu permohonan maaf secara terbuka menerusi laman instagramnya.

“Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua,” tulisnya di Instagram memetik laporan mStar.

Permohonan tersebut bagaimanapun tidak mampu menghilangkan rasa marah di kalangan netizen. Namun mereka dilihat reda selepas UPM mengesahkan wanita berkenaan merupakan stafnya dan akan melakukan siasatan berhubung perkara berkenaan.

Ekoran dari itu ramai yang mula membalas hantaran yang dikeluarkan akaun rasmi Twitter UPM memohon agar wanita berkenaan tidak dikenakan hukuman berat memandangkan dia sudahpun menerima hukuman yang ‘setimpal’ selepas wajahnya ditularkan sehingga isu tersebut menjadi sohor satu Malaysia.

Terdahulu, tular video insiden provokasi dan pertengkaran melibatkan 2 orang pemilik kenderaan berhampiran Hospital Serdang Selangor, selepas seorang dari mereka memuat naik dua buah video insiden berkenaan di akaun Twitternya.

Video berkenaan yang menarik perhatian orang ramai kemudian mula tular ke laman media sosial lainnya menyebabkan orang ramai mula mengecam tindakan wanita terbabit.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.