fbpx
Now Reading
Ini Senarai 9 Golongan Yang Tak Sesuai Terima Vaksin Covid-19 Comirnaty Oleh KKM

Ini Senarai 9 Golongan Yang Tak Sesuai Terima Vaksin Covid-19 Comirnaty Oleh KKM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, rakyat Malaysia akan mula menerima vaksin COVID-19 secara berperingkat bermula penghujung bulan ini.

Semua ini dilakukan sebagai usaha mencegah penularan wabak maut yang semakin mengganas di dalam negara dimana vaksin menjadi pilihan terbaik dalam mencegah dan mengawal jangkitan COVID-19 daripada terus merebak dalam komuniti.

Namun KKM menerusi kenyataan menjelaskan, tidak semua orang sesuai menggunakan vaksin yang bakal kita gunakan iaitu Corminaty, keluaran Pfizer.

Oleh itu, KKM melalui soalan lazim (FAQ) yang disediakan nsitut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menyenaraikan sembilan (9) jenis golongan yang tidak sesuai menerima vaksin ini.

Vaksin COMIRNATY tidak sesuai diberikan kepada:

1. Individu yang mempunyai sejarah alahan yang serius terhadap makanan (atau) ubat (atau) persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.

2. Individu yang mengalami alahan yang serius selepas menerima dos pertama vaksin COMIRNATY.

3. Individu yang menjalani pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.

4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi dan imunoterapi.

5. Individu yang menghidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 sel/mL.

6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil.

7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria.

8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoklonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa tiga bulan sebelum divaksinasi.

9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (<50,000/µL)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.