fbpx
Now Reading
Kagum Dengan Usaha Ebit Lew, TMJ Sumbang Dana RM200,000 Untuk Misi Kemanusian

Kagum Dengan Usaha Ebit Lew, TMJ Sumbang Dana RM200,000 Untuk Misi Kemanusian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka dalam diam-diam rupanya kerja amal pendakwah dan aktivis kesayangan rakyat Malaysia turut mendapat perhatian ramai pemimpin dalam negara.

Jika tempoh hari beliau bertemu dengan YDP Agong Sultan Abdullah tanpa disengajakan sebelum baginda bertindak membelanja beliau makan terbaru Ustaz Ebit dikhabarkan bertemu dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi perkongsian di Facebookya, Ustaz Ebit menzahirkan rasa terharunya di atas kesudian Tunku Ismail menerima menghadapnya. Malah beliau cukup terharu selepas TMJ memberikan sumbangan sebanyak RM 200,000 untuk kerja amalnya.

Jelas Ebit, antara perbincangan mereka adalah bagaimana untuk membantu orang yang memerlukan, memelihara kesucian gama Islam, mendidik anak muda dan meningkatkan institusi pendidikan.

Malah lebih mengharukan beliau, apabila TMJ menghulurkan sumbangan dana sebanyak RM200,000 bagi kerja kemanusiannya.

“Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200 ribu ringgit bagi misi saya.

“Tuanku juga ingin taja semua team saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah, TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau juga begitu terkesan dengan cara Tunku Mahkota Johor itu yang melayannya umpama kawan walhal menurutnya dia hanyalah insan biasa.

Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ.

“Bayangkan dilayan macam kawan saja, sedangkan saya cuma orang biasa,” katanya.

Malah menurutnya, Tunku Ismail turut menawarkan untuk membantu segala misi bantuannya di masa akan datang.

“Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka.

“Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ,” katanya. 

Pertemua tersebut turut dikongsikan Tunku Ismail di laman Facebooknya.

“Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.

“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas” jelas Tengku Makhota Johor di laman Facebooknya.

Baginda dalam masa sama turut berkongsi foto-foto sepanjangan pertemuan mereka berlangsung untuk tatapan umum.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.