fbpx
Now Reading
Positif Dadah, Ketua Balai Polis Ditahan

Positif Dadah, Ketua Balai Polis Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Seorang ketua balai polis di Selangor kelmarin ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas dia didapati positif dadah.

Pegawai polis berpangkat Inspektor itu difahamkan positif dadah jenis methaphethamine, selepas anggota JIPS melakukan serbuan dan ujian saringan air kencing terhadapnya dan tujuh lagi anggota di balai sama.

Menurut Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya, serbuan dan pemeriksaan tersebut dijalankan susulan dari info dan aduan yang diterima mereka.

“Maklumat mengatakan beberapa orang pegawai dan anggota polis menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

“Susulan itu satu pemeriksaan mengejut dilakukan terhadap Ketua Balai dan anggota yang disyaki,” katanya kepada Harian Metro.

Foto sekadar hiasan

Semua anggota negatif kecuali ketua balai

Hasil ujian bagaimanapun menunjukkan kesemua mereka negatif kecuali ketua balai tersebut.

“Siasatan lanjut dan tindakan seterusnya akan diambil sewajarnya,” katanya.

Menerusi laporan Harian Metro, pegawai tersebut bakal dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.