fbpx

Membanggakan! 2 Pelajar UiTM Antara 10 Terbaik Dunia Dalam Peperiksaan ACCA, CAT

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Begitu membanggakan! Itu sahaja yang sesuai diungkapkan diatas kejayaan dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas mereka tersenarai sebagai 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) pada Disember lepas.

Menurut UiTM dalam satu kenyataan pada Jumaat, kedua mereka Fatin Najwa Azman, 22, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, pelajar semester akhir program CAT.

Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman memperoleh tempat pertama dan kedua dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2).


Menerusi kenyataan sama Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Haslinda Yusoff berkata, kedua-dua pelajar tersebut amat komited dan berdedikasi dalam pelajaran ditambah suasana pembelajaran yang positif.

“Pihak fakulti amat proaktif dalam memupuk suasana pembelajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif di UiTM merupakan kombinasi dalam kejayaan pelajar.

“Kejayaan ini juga turut membuktikan kecemerlangan bumiputera dalam bidang perakauan. Ia boleh dijadikan rangsangan bagi melahirkan lebih ramai profesional perakaunan bumiputera terbaik di dunia,” katanya.

Beliau dalam masa turut berharap kedua mereka dapat menjadi pemangkin kepada semua warga UiTM untuk terus memberikan yang terbaik demi menjadikan universiti itu sebuah institusi pendidikan unggul dunia.

UiTM merupakan universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.