Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai sebuah video tular memperlihatkan sekumpulan pekerja syarikat kurier terkenal, J&T Express Malaysia Sdn Bhd yang melakukan mogok dengan melemparkan barangan di sebuah gudang barangan yang di percayai berlaku di Perak.
Ekoran dari insiden tersebut, J&T Express hari ini menerusi satu kenyataan telah membuat permohonan maaf kepada pelanggan dan orang ramai.
Menurut J&T kejadian tersebut berlaku kerana sebahagian pekerja tidak berpuas hati dengan sistem pengagihan bonus yang kurang jelas.
“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan bonus (bagi yang bekerja kurang setahun) dibayar mengikut tempoh masa pekerja (bekerja).
“Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan bonus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas yang berlaku pada 4 Februari dan (mereka) menghasut beberapa pekerja untuk membuat gangguan bersama, dan menyebarkan video ke sosial media,” tulis mereka pada surat tersebut.
Menerusi surat sama, J&T turut memaklumkan semua pengurusan cawangan negeri Perak sudah pun menangani isu berkenaan malah semua pekerja juga telah kembali menjalankan tugas seperti biasa.
Mereka turut menjelaskan bahawa pihak syarikat tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja.
“Kami ingin menjelaskan bahawa, J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja, dan menjelaskan bahawa pihak kami akan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan,” jelas syarikat itu lagi.
Kenyataan ini seolah berkait rapat dengan surat pekeliling bertarikh 4 Januari 2021 yang tular iaitu pemakluman kadar baru komisen pekerja penghantaran iaitu sebanyak 30 sen bagi setiap parcel yang akan berkuatkuasa bermula 1 februari 2021.
Menerusi kenyataan sama, pihak syarikat turut mengakui ada berlaku kelemahan pengurusan membabitkan dakwaan netizen yang ada pekerja telah mencuri makanan dan minuman dari bungkusan yang dikendalikan.
“Disebabkan peningkatan pesat dalam jumlah bungkusan dalam tempoh MCO (PKP), J&T mengambil lebih banyak bungkusan dari masyarakat dalam tempoh ini, jadi syarikat telah mengupah lebih banyak pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada pekerja sementara.
“Ini merupakan kesalahan dalam pengurusan kami. Kami telah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa, serta menyelesaikan (isu) bungkusan yang hilang dengan cepat,” jelas surat terbuka itu lagi.
Menerusi satu lagi posting berbeza, J&T juga telah memuat naik satu video permohonan maaf dari beberapa pekerja J&T Perak berhubung insiden yang tular semalam.
Kedua permohonan maaf ini bagaimanapun tidak disenangi pelanggan dan netizen memandangkan ramai yang mengalami kerugian disebabkan kerosakan dan kehilangan barangan serta penghantaran yang tertangguh melebih had yang ditetapkan.
Malah ramai yang turut berpendapat kejadian sebegini tidak akan berlaku sekiranya pihak pengurusan J&T menjaga kebajikan pekerja mereka.
Mereka dalam masa sama turut meluahkan rasa kecewa terhadap pekerja yang dilihat melampau dengan merosakkan barangan pelanggan walhal pelanggan langsung tidak bersalah di dalam masalah dalaman syarikat.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…