
Pekerja Kurier Mogok, Baling Barang Pelanggan Kerana Marahkan Pengurusan?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai satu video tular yang memperlihatkan sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier terkenal, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.
Menerusi video berdurasi 15 saat itu yang tular di Twitter, seorang pekerja dilihat mencampak beberapa parcel pelanggan selain disambut teriakan oleh beberapa staf yang lain seolah menunjukkan rasa tidak puas hati kepada sesuatu perkara.
nak mogok, mogok jelah barang customer jarang kacau barwa. cuba kalau barang korang beli courier buat camtu ape kau rasa? pic.twitter.com/oXRh9WtzDp
— Hamba Picisan (@JamalThaRebel) February 6, 2021
Difahamkan dari maklum balas yang berangkai-rangkai di media sosial, isu ini timbul gara-gara rasa tidak puashati pekerja berkaitan masalah gaji.
Ekoran dari perkongsian itu, beberapa orang netizen yang merupakan peniaga kemudiannya tampil menunjukkan parcel yang diterima mereka yang rata-ratanya kemak, dan rosak seolah dicampak seperti didalam video berkenaan.
Malah mereka yang berupa pembeli turut menunjukkan benda sama walhal servis mereka sebelum ini terbukti memuaskan.
MuG rm35 (Pecah)buyer mintak refund-approved
— Datuk Seri jaga jaga cik salmah (@keretasewaqayem) February 6, 2021
.
.
JNT Rm4.66 untung sampai abg jamil mam”
.
aku makan pasir🤣 https://t.co/a3zLUbXh9f pic.twitter.com/gN6CijDSgc
— Hamba Picisan (@JamalThaRebel) February 6, 2021
Respon bersama bukti dari mangsa-mangsa ini kemudiannya menaikkan kemarahan orang ramai yang berpendapat pihak pengurusan harus berlaku adil kepada staf dan dalam masa sama meraskan tindakan staf membaling barang-barang pelanggan kerana marahkan pengurusan adalah salah dan tidak wajar.