fbpx
Now Reading
KWSP Umum Ada Masalah Teknikal Pada Paparan Status i-Sinar, Saran Pencarum Semak Semula

KWSP Umum Ada Masalah Teknikal Pada Paparan Status i-Sinar, Saran Pencarum Semak Semula

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada lewat malam tadi telah membuat satu permohonan maaf memaklumkan kepada orang ramai bahawa pihak mereka sedang berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Ianya dikeluarkan beberapa jam selepas kebanyakan pemohon sudahpun membuat semakan pada Ahad malam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi Instagram mereka, KWSP yang memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku bagaimanapun tidak menjelaskan apakah jenis kesilapan teknikal yang dimaksudkan. Sama ada ia membabitkan keputusan kelulusan atau hanya melibatkan isu tarikh sahaja.

Menerusi kenyataan sama, perbadanan tersebut menyarankan orang ramai untuk menyemak kembali status permohonan mereka bermula 8 pagi hari ini, 8 Februari 2021.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” tulis kenyataan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.