fbpx

Covid-19 Boleh Tersebar Menerusi Asap Vape – Pengkaji

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sekumpulan pengkaji dari bebeberapa negara mendapati Covid-19 boleh tersebar menerusi asap vape.

Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Mexico, Itali dan New Zealand itu mendapati hembusan asap vape oleh pengguna yang dijangkiti Covid-19 boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran. 

Kajian yang dikongsikan di portal kesihatan MedRxiv, hembusan asap vape juga lebih merbahaya kerana ia mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga 2 meter jaraknya, melepasi peraturan penjarakan fizikal di banyak negara antaranya United Kingdom (UK) iaitu 1 meter.

Malah negara kita juga mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Foto sekadar hiasan Foto : Freepik

Menurut kumpulan pengkaji tersebut yang diketuai saintis Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexico, campuran bahan kimia didalam vape tidak mampu membunuh koronavirus.

Meskipun kajian tersebut masih belum dikaji semula serta disahkan oleh saintis lain, pakar-pakar menggesa pengguna vape untuk tidak melakukan aktiviti berkenaan di kawasan awam terutamanya ketika sedang beratur, atau di perhentian bas, atau di tempat yang orang mungkin terkepung dengan asap vape.

Secara ringkasnya koronavirus diketahui boleh tersebar melalui udara apabila pesakitya bernafas, bercakap, batuk ataupun bersin. Ia juga akan lebih berisiko sekiranya lebih banyak udara yang dikeluarkan dari mulut pesakit.

Terdahulu sekitar Mac tahun lalu, Public Health Malaysia pernah mengeluarkan amaran yang wap air vape berisiko menyebarkan Covid-19. Selain itu ia juga dapat meningkatkan risiko dijangkiti Covid-19.

PHM yang memetik Dr Robert Jackler, menjelaskan seseorang menyedut cecair vape, ia akan melalui paru paru sebelum dihembus melalui mulut ke udara.

Wap air tersebut bukan sahaja mengandungi cecair vape, malah ia mungkin membawa bersama virus dan kuman yang terdapat dalam paru paru.

Ianya bagaimanapun belum dibuktikan sepenuhnya kerana banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum dapat mengesahkannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.