fbpx
Now Reading
‘Prank’ Tak Menjadi, Youtuber Berlakon Jadi Perompak Maut Ditembak

‘Prank’ Tak Menjadi, Youtuber Berlakon Jadi Perompak Maut Ditembak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tidak dinafikan video prank antara video yang menjadi pilihan ramai Youtuber atau content creator untuk mencipta nama dan pengikut.

Namun siapa sangka, video sebegini boleh memakan diri sehingga menjadi penyebab kematian seorang Youtuber dari Nashville, Amerika Syarikat.

Timothy Wilks, 20, ditembak mati oleh seorang lelaki sewaktu dia sedang merakam aksi prank untuk saluran Youtube-nya di kawasan parkir sebuah taman hiburan, Urban Air Trampoline Park.

Difahamkan sewaktu kejadian, Wilks dan seorang lagi rakannya sedang melakukan aksi prank dengan menghampir sekumpulan individu sambil menghunuskan pisau pemotong daging seolah-olah mahu merompak mereka.

Namun seorang dari mereka iaitu David Starnes Jr. , 23 tahun yang terkejut terus bertindak mencapai pistol miliknya sebelum menembak tepat ke arah Wilks.

Menurut polis Nashbille, sebaik tiba disana, David Starnes terus mengakui dia bertanggungjawab menembak Wilks. Namun jelasnya, dia pada waktu itu langsung tidak menyedari ‘rompakan’ berkenaan hanyalah satu rakaman prank.

Sebaliknya dia nekad untuk melindungi dirinya dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Ekoran dari itu polis ketika ini sedang menyiasat bagi menentukan sama ada Starnes bertindak bagi menyelamatkan diri atau sebaliknya. Namun setakat ini tiada dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.