fbpx
Now Reading
Wanita Terima Parcel Berbalut Seluar Dalam Buat Laporan Polis

Wanita Terima Parcel Berbalut Seluar Dalam Buat Laporan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya isu membabitkan sebuah syarikat kurier didalam negara masih berlarutan. Belum pun reda dengan isu staf mereka melempar barangan milik pelanggan, kini timbul pula dakwaan kotak pesanan pelanggan telah ‘disarung’ seluar dalam wanita oleh pekerja syarikat penghantaran sama.

Isu ini mula mendapat perhatian ramai selepas beberapa foto mengenai parcel tersebut dimuat naik seorang wanita, di laman Facebooknya dua hari lalu.

Pemilik akaun Mamaayu Admia Ayunormaslinda, menerusi posting tersebut menjelaskan kotak tersebut diterima oleh suaminya sekitar 7 malam dua hari lalu.

Menurut wanita tersebut, dia tidak mempunyai masalah apabila melihat bahagian kotak yang sedikit kemek, namun berasa terkilan kerana terdapat seluar dalam wanita yang disarungkan ke kotak tersebut.

“Sangat mengecewakn kami sebagai penjual dan juga pembeli. Hari ni barang yang suami order sampai dengan kotak yang dibalutkan menggunakan seluar dalam. Ini sangat-sangat melampau.

Barang dalam keadaan baik

“Barang memang dalam keadaan baik, kotak kemek habis saya tak kisah sangat tapi kenapa sampai dalam keadaan mcm ni. ” tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi posting sama dia turut meminta pihak kurier untuk menyiasat isu berkenaan yang disifatkannya sebagai keterlaluan.

“Pihak atasan J&T tolong selesaikan masalah ini. Hak saya sebagai pengguna Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga” tulisnya lagi.

Ekoran dari itu, dia menerima pelbagai respon dari netizen ada dimana ada segelintir yang menyokongnya dan memintanya segera menyiasat perkara berkenaan dengan pihak kurier dan ada juga yang secara melulu menyalahkannya dengan mendakwa ia hanyalah gimik marketing demi mendapatkan pelanggan.

“Tak malu ke marketing macam ni?”

Sudah buat laporan polis

Menerusi satu posting terbaru, wanita berkenaan memaklumkan sudah membuat laporan polis selepas mendapat ugutan dan ancaman hasil dari posting yang dikongsikannya.

Dia yang khuatir keselamatannya terancam telah tampil membuat aduan di sebuah balai polis berdekatan rumahnya di Bukit Baru, Melaka Tengah.

“Saya amat terkesan sungguh dengan kata-kata netizen di komen saya baru-baru ni. Kata-kata yang dilemparkan sangat tidak betul. Berhati-hati bila berkata-kata.

“Awak semua telah buat ancaman yang tidak wajar sama sekali. Saya rasa kalau ia berlaku kepada awak semua Akan buat perkara yang sama saya buat.

“Mana mungkin barang yang kita dapat dalam keadaan mcm tu kita tak marah dan rasa macam-macam. Nak plak saya jugak sebagai seller yang menggunakan JNT, tak kan saya nak buat kerja memalukan tu” tulis nya .

“Semalam saya pun telah pergi membuat report polis dan telah berjumpa dengan pihak JNT. Pihak JNT jugak telah meminta maaf atas kesilapan dan kecuaani apa yang berlaku.

“Mereka jugak telah memberi tahu akan membuat kenyataan rasmi atas perkara ini. Box yang sampai ini memang berlaku diHUB JnT. Mereka masih mencari bukti CCTV dimana bermula berlakunya box yang dibalutkn dengn seluar dalam ini.

“Untuk pengetahuan semua setelah kami dapat barang tu suami saya telah memberi tau pihak seller yg mengatakan kami menadpat barangan sebegini rupa, oleh kerana husband saya jugak baru pertama kali berurusan dengn Shoope. Jadi tak mungkin seller nak sabotaj ke apa dan mereka kata mereka packing dlm keadaan baik.” tulisnya lagi yang turut menafikan semua ini hanyalah atas tujuan ‘marketing’

Jagan buat andaian sendiri

Dia juga turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mengeluarkan andaian sendiri sebaliknya membiarkan pihak terlibat melakukan siasatan/

“Saya harap pihak-pihak tertentu dan jugak netizen semua jangan pandai-pandai nak buat andaian lagi lepas ni .Cukuplah anda keluarkn tomahan yang tak baik (kerana) ia tidak terjadi kepada awak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.