Driver Terselamat Walaupun Kereta ‘Total Loss’, Netizen Puji Ciri Keselamatan Proton X50 [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak pagi Rabu, tular satu video memperlihatkan sebuah kereta SUV Proton X50 yang hancur remuk dan total loss selepas terlibat dalam satu kemalangan dipercayai di Lebuhraya Utara-Selatan.
Menerusi video berkenaan yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Sepet Vtec kereta kenderaan utiliti sukan(SUV) berwarna oren itu difahamkan terlanggar objek keras iaitu tayar dan rim lori yang tertinggal di atas jalan tersebut.
Ekoran dari perlanggaran berkenaan, invididu berkenaan yang juga saksi kejadian memaklumkan kereta tersebut telah terpusing beberapa kali di udara sebelum terseret sejauh 100m menyebabkan bahagian depan dan belakang kereta tersebut remuk teruk.
Namun nasib benar-benar menyebelahi si pemandu apabila dia dilaporan selamat dan mengalami kecederaan kecil walhal kenderaanya sudahpun dikategorikan total loss.
“Lepas subuh tadi.. Boleh pulak kereta accident depan mata..4 5 kali dia pusing di udara ..Lepas tu hampir terseret 100 meter.
“Menggelitik dia.. Kesian dia…Aku Pulak yang muntah bila tengok darah..Kereta total lost..Mangsa hampir lost…Punca langgar rim & tyre lori tinggal atas jalan ” tulis individu terbabit.
Menerusi video itu lagi, mangsa yang difahamkan tercedera bagaimanapun berjaya di bawa keluar dengan selamat oleh orang ramai dan berkemungkinan tidak mengalami kecederaan yang serius.
Beg udara kereta berkenaan juga dilihat terbuka dengan sempurna baik di bahagian depan dan juga sisi.
Perkongsian berkenaan membuatkan ramai netizen memuji ketahananan dan ciri-ciri keselamatan SUV kedua Proton itu.
Malah ramai meuahkan rasa syukur melihatkan kecederaan pemandu yang dilhat tidak begitu serius sedangkan keretanya hancur remuk.
Video ini sekaligus membuktikan X50 sememangnya layak mendapat penarafan keselamatan lima-bintang bagi Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).