“Kami Mendengar Anda” – Twitter Netflix Malaysia Mula Gunakan Bahasa Kebangsaan

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Baru-baru ini laman twitter rasmi Netflix Malaysia menjadi perbualan hangat netizen. selepas terdapat gesaan oleh orang ramai khususnya warga Twitter yang mahukan syarikat penstriman tersebut berinteraksi di media sosial dengan menggunakan bahasa kebangsaan.
Mengambil contoh negara luar seperti Jepun, Thailand, Brazil, Belanda dan banyak lagi yang menggunakan bahasa kebangsaan, netizen mula menyuarakan pendapat mereka mengapa Netflix Malaysia tidak melakukan perkara yang sama.
Sebenarnya saya ada soalan serius.
— Twt_Bajet (@twt_bajet) January 30, 2021
Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi @NetflixMY masih dengan bahasa inggeris?
Apa pendapat anda? pic.twitter.com/3sg0Y3aqmB
Netflix Belanda

Netflix Korea Selatan

Ini kerana akaun Twitter Netflix Malaysia dilihat sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan untuk beinteraksi bersama pelanggan seperti di bawah :
Tell us you’re Malaysian, without telling us you’re Malaysian.
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) January 26, 2021
Netizen yang rata-rata pengguna Netflix Malaysia kemudiannya mula meminta pentadbir akaun tersebut untuk melakukan perkara yang sama dengan negara-negara lainnya – dengan menggunakan bahasa kebangsaan dalam ciapan mereka.
Netflix sudah mula guna Bahasa Malaysia
Terbaru, akaun Twitter mula mencuri tumpuan selepas mereka dilihat sudah mula menggunakan bahasa Malaysia dalam ciapan mereka.
Pentadbir akaun tersebut bagaimanapun dijangka akan bergilir-gilir menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di dalam melakukan ciapan seperti yang ditulis di ruangan bio ‘Netflix, tapi rojak’

“Kami akan menciap lebih kerap dalam Bahasa Malaysia”
“Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua- sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas.
“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” tulis Netflix di laman Twitter mereka pada petang selasa.

Posting-posting tersebut kemudiannya mula menarik perhatian netizen dengan rata-rata mereka menyambut baik usaha netflix dan berterima kasih di atas keprihatin syarikat penstriman berkenaan yang mendengar cadangan penggunanya.
Malah setakat artikel ini ditulis sudah beberapa ciapan mereka dilihat menggunakan bahasa kebangsaan baik yang formal mahupun secara santai.
Korang dah tengok Space Sweepers ke belum? Min dah tengok, nampak betul Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Sun-kyu dan Yoo Hai-jin semua pelakon hebat. Plot dan konsepnya pun syok. Apa pandangan awak? Balas/QT dengan #FlixReview anda sendiri. pic.twitter.com/utdS9ClN5X
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) February 9, 2021
Today is National Umbrella Day, a.k.a. Hari Payung, so jangan kata min tak payung.
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) February 10, 2021
But also, maybe boleh layan The Umbrella Academy lepas kerja nanti ☂️
Diperangkap sebagai pembunuh, Ip Man meletakkan jawatannya dalam pasukan polis Foshan dan dijadikan sasaran oleh samseng yang berdendam samanya, semasa serangan tentera Jepun makin mendekat. Dibintangi Dennis To. Ip Man: Kung Fu Master, ditayangkan 11 Feb. pic.twitter.com/goLvUz7wmc
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) February 10, 2021