fbpx

Salah Pandemik? Malaysia Catat 300,000 ‘Sugar Baby’ Dengan Majoritinya Pelajar Universiti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Semalam kami ada melaporkan tinjauan yang dilakukan aplikasi ‘dating’ iaitu Seeking Arrangement mendapati terdapat 42,500  individu bergelar sugar daddy di negara ini.

Angka ini pastinya mengejutkan ramai orang memandangkan perkataan ‘sugar daddy’ sendiri -walaupun sudah diketahui maksudnya cukup kedengaran janggal buat masyarakat kita.

Jika kita mempunyai angka sejumlah itu untuk individu bergelar sugar daddy, berapa ramai pulakah sugar baby di Malaysia?

Tahukah anda laporan dari sebuah lagi platform temu janji “sugar daddy” iaitu Sugarbook, mendapati terdapat lebih 200,000 ‘sugar baby’ di Malaysia, dengan kebanyakan dari mereka merupakan pelajar universiti dalam lingkungan usia 20-an.

Laman tersebut yang merupakan laman temujanji ‘sugar daddy’ terbesar di Asia mempunyai  400,000 daftar keahlian dimana 220,000 daripadanya merupakan ‘sugar baby’, 180,000 untuk ‘sugar daddy’ manakala 6,000 individu bergelar ‘sugar mummy’ di Malaysia.

Angka ini hanya melibatkan ahli bagi laman temu janji Sugarbook sahaja. Laman temujanji terbesar di dunia iaitu Seeking Arrangement pula mencatatkan terdapat 84,000 sugar baby berdaftar dari Malaysia.

Ini menjadikan jumlah sugar baby dari kedua laman sahaja sudah mencatat lebih dari 300,000 orang.

Pandemik menjadi punca

Menurut Sugarbook, sejak Januari sahaja mereka telah menerima 40% peningkatan pendaftaran keahlian dari golongan pelajar untuk menjadi sugar baby.

Menurut mereka, angka ini meningkat disebabkan krisis kewangan yang dialami golongan terbabit ekoran dari pandemik yang sedang melanda seluruh dunia dan negara kita.

Malah mereka turut mendedahkan senarai Top 10 ‘Insitut Pengajian Tertinggi (IPT)tempatan yang paling ramai pelajarnya yang terjebat di dalam kancah tersebut dengan majoriti IPT terletak di Lembah Klang.

Bersama pendedahan tersebut mereka turut menyenaraikan purata umur mereka yang terlibat dimana sugar baby di dalam Malaysia sekitar 23 tahun, 35 tahun untuk sugar daddy dengan pendapatan purata sebanyak RM150K.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan platform mereka telah membantu meringankan beban pelajar-pelajar tersebut yang berdepan masalah kewangan.

“Berkenalan dengan seseorang yang lebih berjaya atau berpengalaman datang dengan faedahnya, dan insentif kewangan adalah salah satu daripadanya. Mereka dapat berhubung dengan individu berpengaruh sekali gus melancarkan peluang kerjaya.

“Menjelang Valentine’s dalam masa terdekat ini, kebanyakan ‘sugar baby’ mendapat elaun bulanan sehingga RM2,500, ini sangat membantu pelajar universiti yang berdepan situasi sukar,” katanya.

Selain pelajar, 9 lagi profesion yang tersenarai didalam top 10 profesion paling ramai menjadi sugar baby adalah usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.