fbpx
Now Reading
Isu J&T Disebabkan Tekanan Kerja & Isu Komisen – Kementerian Sumber Manusia

Isu J&T Disebabkan Tekanan Kerja & Isu Komisen – Kementerian Sumber Manusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2021/02/07/pekerja-kurier-mogok-baling-barang-pelanggan-kerana-marahkan-pengurusan/

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siasatan yang dilakukan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di gudang barangan J&T Express di Perak susulan dari kejadian pekerjanya melemparkan barangan, mendapati ia berpunca daripada bebanan kerja dan isu pembayaran komisen pekerja syarikat itu.

“Susulan penularan video pemunggahan bungkusan secara kasar oleh pekerja syarikat, kementerian sudah menjalankan siasatan lanjut di beberapa premis syarikat itu di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Bebanan ekoran peningkatan mendadak bungkusan

“Hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku premis perniagaan syarikat di Perak yang berpunca daripada bebanan kerja yang dialami pekerja di bahagian gudang berikutan peningkatan mendadak bungkusan.

“Siasatan mendapati pekerja terutamanya di bahagian penghantaran tidak berpuas hati dengan bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja berkurangan,” kata KSM dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut mereka lagi  pihak syarikat juga menjelaskan isu tersebut sudah pun selesai dan ianya berlaku kerana salah faham selain sudah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada pelanggan serta memberi penjelasan mengenai sistem pemberian bonus kepada kakitangan.

KSM dalam masa sama menggesa majikan supaya melakukan perbincangan terlebih dahulu dengan pekerja sebelum membuat sebarang perubahan yang melibatkan kepentingan mereka.

Bincang dengan pekerja terlebih dahulu sebelum buat perubahan

“Majikan digesa supaya sentiasa berbincang dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan yang melibatkan kepentingan mereka. Ini bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati pada hari ini serta kebajikan pekerja akan terus berkekalan dan terpelihara,” tulis kenyataan itu lagi.

Terdahulu tular beberapa video memperlihatkan pekerja J&T Express mogok di sebuah gudang barangan di Perak kerana mendakwa ditindas majikan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.