fbpx
Now Reading
Lelaki Tuduh Rider Grab Curi Air Mohon Maaf, Letak Jawatan Di Syarikat Tempat Dia Bekerja

Lelaki Tuduh Rider Grab Curi Air Mohon Maaf, Letak Jawatan Di Syarikat Tempat Dia Bekerja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas seorang pemuda, Ezrin Nazan mendakwa air dari jenama Starbucks yang dipesannya dicuri seorang penghantar makanan.

“Hello @GrabMY kenapa rider curi air Starbucks? Order tiga tapi dapat dua je. Kalau nak aku belanja air, minta je la bukan curi. Dah report pun Grab tapi senyap je,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Tuduhan tersebut yang jelas melulu dan tidak berasas kemudiannya mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan individu terbabit yang dipercayai seorang vlogger dan juga pekerja kontrak syarikat Bateriku.

Tampil menjawab soalan berkenaan, Grab Malaysia kemudiannya menjelaskan perkara berkenaan adalah kesilapan teknikal yang dilakukan syarikat kopi berkenaan dan langsung tiada kaitan dengan rider berkenaan.

Namun jawapan individu terbabit yang masih mahu menyalahkan rider menyebabkan orang ramai menjadi lebih berang dan merasakan tindakannya agak keterlaluan.

Ekoran dari itu majikannya, Bateriku difahamkan telah bertindak menggntung kerja lelaki berkenaan sementara mereka menyiasat kejadian berkenaan.

Jelas mereka, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan samada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com

Terbaru Ezrin difahamkan sudahpun membuat permohonan maaf secara terbuka di menerusi dua video berbeza di laman YouTube- nya.

Video pertama : Belek phone dan minta maaf

Dia menerusi video panjang selama 12 minit dan 35 saat itu, menghabiskan tujuh minit pertama hanya dengan membelek telefonnya sebelum membuat permohonan maaf berkenaan dan mengakui kesilapannya secara ringkas.

“Aku mengaku memang salah aku sebab aku sendiri tweet benda tu daripada akaun peribadi aku.

“Kesilapan aku adalah tuduh rider curi, sedangkan rider tak curi pun air. Aku minta maaf pasal tu,” katanya didalam video berkenaan.

Video kedua :Letak jawatan dari syarikat

Menerusi satu lagi video, dia turut mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan di dua buah syarikat berkuatkuasa serta merta.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.