fbpx
Now Reading
Pasaraya Tesco Bertukar Nama, Kini Dikenali Sebagai Lotuss Store

Pasaraya Tesco Bertukar Nama, Kini Dikenali Sebagai Lotuss Store

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya ura-ura yang mengatakan pasaraya Tesco Malaysia akan bertukar nama selepas tular satu memo mengenainya tular di media sosial telah pun disahkan secara rasmi oleh pihak Tesco sendiri.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook mereka, Tesco mengumumkan pasaraya mereka di Malaysia kini sudah ditukar menjadi Lotuss Store.

“Nampak sesuatu yang berbeza? Nama kami kini ditukar kepada Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd ” tulis kenyataan itu.

Meskipun bertukar nama, pihak Tesco atau Lotuss tetap menjanjikan akan memberikan perkhidmatan yang kekal menarik untuk pelanggan.

“Nantikan penjenamaan baharu daripada kami. Satu yang pasti kami akan terus menceriakan anda dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat” tulis kenyataan itu lagi.

Desas desas berkenaan mulanya tular di laman Twitter selepas beberapa pengguna, antaranya @Aweeff berkongsi pengalaman beliau mengunjungi Tesco pada hari ini namun mendapati ianya sudahpun bertukar menjadi Lotuss.

Malah menguatkan dakwaan berkenaan seorang lagi pengguna Che Wan turut berkongsi papan memo kenyataan yang dikeluarkan Teso bahawa mereka dijenamakan semula.

Selain beliau beberapa individu lain di Twitter turut berkongsi beberapa lagi bukti lain seperti resit dan memo yang menunjukkan pasaraya berkenaan tidak lagi menggunakan nama Tesco sebaliknya Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd.

Kredit : Twitter

Formerly knows as Tesco Stores

Kredit: Facebook Amiza Miza

Malah bersama perkongsian tersebut turut tular paparan tangkap layar MySejahtera yang memperlihatkan pengguna kini mendaftar masuk di Lotuss Store berbanding Tesco terdahulu.

Kredit : Twitter

Difahamkan penukaran nama ini seiring dengan pengambilalihan Tesco Malaysia oleh entiti Thailand iaitu Charoen Pokphand Group Co. Ltd (C.P. Group) sejak Disember 2020.

Malah menerusi ruangan ‘about me’ di Facebook pihak Tesco juga sudah mengemaskini informasi terbaru dengan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua pasaraya Tesco sedia ada merangkumi 8600 pekerja kini secara rasminya sudah bertukar menjadi Pasaraya Lotus.

Pasaraya Tesco Lotus di Thailand

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.