fbpx
Now Reading
Remaja Aniaya Lelaki OKU Buat Wheelie Sampai Terjatuh Mohon Maaf, Siap Cium Tangan

Remaja Aniaya Lelaki OKU Buat Wheelie Sampai Terjatuh Mohon Maaf, Siap Cium Tangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/m1nnnt/status/1360811650253684739

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini tular sebuah video memperlihatkan aksi keterlaluan seoarng remaja lelaki yang menganiaya seorang lelaki berusia dengan melakukan aksi wheelie sehingga membuatkan lelaki berkenaan jatuh terduduk.

Menerusi video berkenaan yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @m1nnt, warga emas tersebut dilihat sedang cuba membonceng motor berkenaan sebelum remaja berkenaan yang menunggangnya secara sengaja membuat ‘wheelie’ dipercayai untuk menjatuhkannya.

Dia yang terjatuh kemudiannya digelakkan oleh remaja berkenaan bersama beberapa individu lain dipercayai rakannya termasuk si perakam.

Video berkenaan nyata menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan remaja terbabit biadap dan langsung tiada rasa hormat terhadap orang tua.

Ekoran dari itu ramai yang meminta agar remaja berkenaan serta rakan-rakannya ditangkap dan dikenakan tindakan oleh pihak berwajib.

Ingat lawak ke?

Terbaharu pemilik akaun Twitter berkenaan berkongsikan satu lagi video memperlihatkan individu terbabit bersama rakan-rakannya sudahpun meminta maaf kepada lelaki berkenaan.

Menerusi video berkenaan beberapa remaja dilihat memohon maaf dengan mencium tangan dan mendakap lelaki berusia tersebut.

Video permohonan maaf diorang

Menerusi satu status yang tular di Facebook pula, lelaki berkenaan dikenali sebagai Pak Awang, merupakan seorang warga OKU.

Kes ini menurut indvidu berkenaan dipercayai kenalan rapat mangsa dan pembuli, ianya sudahpun selesai dimana keluarga kedua-dua pihak bersetuju ianya diselesaikan dengan cara baik.

“Kes ni dah pun selesai. Walaupun perit untuk ditelan sampai jadi bahan viral tapi kedua-dua belah pihak keluarga, budak pembuli dan keluarga mangsa dah cakap kata sepakat untuk selesaikan secara baik, saling memaafkan dan memberi amaran keras agar tidak mengulangilagi pembuatan membuli dan khianat pada mangsa.” tulis seorang pengguna Facebook SyaNAfisah ARahman

“Pak Awang yang berumur 40 tahun, bukan warga emas atau orang tua, (tapi) seorang OKU yang ada masalah akal sejak lahir, suka bkawan dengan budak-budak tapi x pernah ganggu sesiapa pun” tulis seorang pengguna Facebook SyaNAfisah ARahman

Dugaan buat keluarga kami

Meskipun ramai yang mempertikaikan permohonaan maaf remaja berkenaan yang berpendapat ia tanya tidak ikhlas sebaliknya hanya takut berdepan hukuman, kami berharap kejadian ini akan mengajar mereka untuk tidak lagi menganiaya mana-mana orang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.