Bangga Tayang Cium Bibir Adik2 Angkat, Lelaki Ini Tutup Acc Lepas Ditegur Netizen & Penceramah

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Bukan mudah sebenarnya bergelar seorang figura umum, dengan status sebegini, anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat kerana gerak geri anda sentiasa diperhatikan orang ramai.
Namun berlainan pula dengan seorang tiktok influencer yang juga ahli perniagaan ini dimana dia dengan bangganya berkongsi video-video dia sedang mencium bibir kanak-kanak lelaki.
Ini sexual grooming
Video yang berasal dari Tiktok ini kemudian mula tular di semua media platform termasuk di Facebook dan Twitter sehingga menjadi sohor.
Menurut ahli perniagaan terbabit, aktivi to mencium mulut ke mulut ini juga bagaikan sudah menjadi satu budaya dan ‘tradisi’ di dalam keluarga mereka.
Tacoodt…… pic.twitter.com/rHDyDg1hTW
— 𝒞𝓁𝑒𝑜𝓅𝒶𝓃𝓉𝒶𝓉 🇲🇾 (@XLCleopantatLX) February 15, 2021
Video ini kemudiannya turut mendapat perhatian penceramah bebas Akhi Fairuz di mana beliau dengan lantangnya menegaskan perkara sebegini tidak patut berlaku.
Jelas beliau ini disebabkan mulut turut dikategorikan sebagai private part yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.
Mak bapa sendiri pun tak boleh pegang
Ya Tuhan, ni apa benda ni?
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni. https://t.co/rmMmrKw5qD
Beliau dalam masa sama turut meminta mangsa-mangsa lelaki tersebut untuk segera membuat laporan pada pihak berwajib.
Perlakuan cium budak lelaki seperti ni takkan berlaku setahun dua ya kwn2.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Depan kamera buat gini, bangga share dgn org lain. Agak2 di belakang kamera apa yg dia dah buat?
Anda sampai alami anxiety, panic attack, depresi sbb jd mangsa.
Jantan tagune tu elok grooming bdk lain!
Tutup akaun Tiktok/ kena banned?
Menurut penceramah ini lagi, akaun Tiktok lagi berkenaan sudahpun di padamkan. Namun ada juga yang berpendapat lelaki ini sebenarnya memilih untuk menutup akaunnya dengan sendiri bagi mengelakkan kontroversi berlanjutan.
Terima kasih Tik Tok yang banned terus acc berkenaan.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Kita nantikan pula tindakan dari pihak yang berwajib. pic.twitter.com/6HkU8OvaQb
Perkongsian berkenaan turut dipersetujui majoriti netizen yang berpendapat tindakan lelaki berkenaan adalah keterlaluan dan diluar dari kebiasaan yang dilakukan seseorang terhadap anak kecil.
Alamakkk. Serious ahh kiss mulut. Dah besar kot. Anak kita yg kecik lagi nie pun kita tak ajar kiss mulut. Aduhai 😓 https://t.co/78aGPyEBwP
— ✿ ميرا امر ✿ (@MiraIdoraaa) February 15, 2021
Jenuh cikgu tabika dok mengajaq sentuhan selamat dan tak selamat. Itupun dengan penuh berhati2 dan betul ikut silibus. Mai depa ni konon adik mak pak kakak abang angkat main pegang, cium ikut suka ja. Haih. Sakit otak laa masyarakat kita sekarang. https://t.co/RF2o6V4q7v
— aisya alwanie 🇲🇾💕 (@aisyaalwanie) February 15, 2021