fbpx
Now Reading
“Awak kunyah pun tak betul” – Video Bapa Bebel Anak Merajuk Tak Dapat Makan Daging Cuit Hati Netizen

“Awak kunyah pun tak betul” – Video Bapa Bebel Anak Merajuk Tak Dapat Makan Daging Cuit Hati Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru ini pelakon, Fikry Ibrahim ada berkongsi satu video di akaun Twitter miliknya.

Video tersebut yang memperlihatkan gelagat seorang bapa sedang membebel kepada anaknya yang sedang merajuk nyata menarik perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, si anak yang hanya berdiri tegak dengan mimik muka yang masam difahamkan tidak berpuas hati terhadap si ayah.

Si bapa pula tanpa henti dilihat membebel kepada si anak sedangkan dia pada waktu itu sedang menjamu selera.

Merajuk pulak

Tak dapat makan daging sebab gigi depan takde

Menerusi video tersebut si ayah difahamkan membebel kerana anak kecil tersebut merajuk tidak diberikan daging.

Ini kerana si kecil berkenaan sudah kehilangan dua gigi depan selain belum mampu mengunyah dengan baik.

“Papa tegur awak sebab papa sayang, tak boleh la macam ni tegur sikit merajuk, tegur sikit merajuk. Daging tu kankeras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang.

“Lagi awak nak mengunyah. Awak mengunyah pun tak betul lagi lepas tu awak nak makan daging macam orang besar,” kata si bapa.

“Awak tu dah 2 tahun, cuba matang sikit”

Yang paling mencuri tumpuan pastinya reaksi comel si anak yang hanya berpeluk tubuh dan langsung tidak bergerak sewaktu dimarahi bapanya.

Malah kata-kata si ayah turut membuatkan netizen ketawa memandangkan dia dilihat seakan cuba menyakat anaknya.

“Merajuk merajuk merajuk. Awak tu dah 2 tahun, kena matanglah sikit. Papa tengah cakap dengan awak ni.

“Awak merajuk ke tengah sembahyang”

“Awak merajuk ke tengah sembayang? kata bapanya lagi apabila melihatkan gaya si anak yang masih tidak memberikan respon selain posisi tangannya yang dilihat seolah sedang bersolat.

Video tersebut nyata membuatkan ramai orang terhibur. Ramai yang turut bersetuju dengan teguran si ayah berkenaan memandangkan daging memang sedikit liat justeru sukar untuk ditelan oleh si anak.

Video perkongsian Fikry itu setakat ini sudah ditonton sebanyak 793 ribu kali, 36,600 tanda suka dan 38,300 ulang kicau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.