fbpx
Now Reading
Terpalit Isu Lelaki Tuduh Rider Curi Air, Bateriku & 15 Rider FoodPanda Dianiaya Jadi Mangsa Tempahan Palsu

Terpalit Isu Lelaki Tuduh Rider Curi Air, Bateriku & 15 Rider FoodPanda Dianiaya Jadi Mangsa Tempahan Palsu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Nampaknya isu panas membabitkan seorang vlogger yang menuduh seorang rider penghantaran mencuri air Starbucks beberapa hari lalu masih belum lagi reda.

Ia dilihat semakin parah selepas orang ramai mula melampiaskan marah mereka kepada majikan lelaki berkenaan (kini bekas majikan) iaitu syarikat perkhidmatan dan pembekal bateri kenderaan, Syarikat Bateriku (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Bateriku.

Meskipun pelbagai cara telah dilakukan pihak bateriku antaranya meminta maaf dan menggantung kerja lelaki berkenaan, semua itu dilihat belum mampu memuaskan hati segelintir masyarakat walhal perkara ini asalnya langsung tidak berkait dengan mereka.

Terbaru, semalam satu lagi isu timbul apabila pihak Bateriku difahamkan telah menjadi mangsa ‘prank’ oleh seseorang dengan menggunakan aplikasi FoodPanda.

Bunyi macam kelakar ke? Namun tidak bagi kami.

15 rider foodpanda dan bateriku dianiaya dengan tempahan palsu

Bukan sahaja mereka, malahan 15 rider FoodPanda turut dianiaya dimana kesemua mereka telah menerima tempahan dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir RM500 yang difahamkan perlu dihantar ke alamat syarikat pembekal bateri berkenaan.

Lebih dahsyat apabila mode pembayaran semua tempahan pula adalah secara Cash on Delivery (COD).

Mereka hanya mengetahui yang mereka sudah menjadi mangsa tempahan palsu sebaik tiba di alamat berkenaan.

Order COD sampai RM75

Menerusi beberapa foto tular, seorang dari rider berkenaan telah berkongsi butiran tempahan yang diterimanya dimana turut terselit perkataan jelik seolah cuba mengaitkan penghantaran mereka dengan isu yang tular sebelum ini.

” Jangan curi air aku atau aku akan viralkan lagi rider curi air aku” tulis pada pesanan berkenaan.

Menerusi foto sama, jelas satu tempahan yang diterima rider berkenaaan sahaja sudah mencecah RM 75

Memetik Kosmo, pihak Bateriku kemudian nya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak membuat apa-apa pesanan pada pihak Food Panda. M

“Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di pejabat kami dimana mereka menunjukan bukti pesanan makanan di aplikasi mereka.

“Kesemua jenis pambayaran untuk pesanan makananan yang ditempah adalah secara tunai berjumlah hampir RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka dalam masa turut meminta pihak FoodPanda untuk menghentikan sebarang tempahan ke alamat mereka buat masa ini.

Food panda tidak mengenakan caj kepada Bateriku

Mereka bagaimanapun bernasib baik kerana syarikat Foodpanda telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan caj ekoran dari salah faham tersebut.

“Apa lagi rezeki jangan ditolak, kebetulan waktu makan tengah hari.

“Kesudahannya, makanan yang dipesan oleh ‘prankster’ tadi, sama-sama dikendurikan oleh ‘rider’ Foodpanda dan Hero Bateriku,” tambahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.