fbpx
Now Reading
Video Polis Bantu Tolak Van Rosak Dalam Hujan Lebat Raih Pujian Netizen

Video Polis Bantu Tolak Van Rosak Dalam Hujan Lebat Raih Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Sejak kebelakangan ini, media sosial menjadi medan perdebatan hangat ekoran terjadinya beberapa insiden membabitkan pihak berkuasa yang didakwa tidak profesional dan cuai semasa menjalankan tugas.

Baik dari isu membabitkan anggota di sekatan jalan raya(SJR) juga isu kecuaian beberapa anggota sehingga terjadinya kes rogol di lokap di Sarawak, keadaan ini menyebabkan timbul cakap-cakap belakang di kalangan orang ramai sehingga ada yang mula ‘pukul rata dengan mempertikaikan’ tahap intigeriti pihak berkuasa bila bertugas.

Namun bak kata pepatah, dalam setandan pisang itu bukannya semua elok. Mesti ada juga yang tidak boleh dimakan, keadan ini samalah juga dengan mereka.

Disebalik kisah-kisah panas berkenaan masih banyak lagi sisi baik mereka yang jarang diketengahkan masyarakat antaranya kisah seorang anggota polis yang sanggup meredah hujan lebat menolong orang awam yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @Fahmi Apiht,

“Kalau takde polis ni mesti dah kemalangan kat sini”

Menerusi video yang dikongsikannya, terdapat sebuah van yang rosak di tengah-tengah jalan yang sibuk menyebabkan kereta-kereta di belakangnya mula tersangkut.

Namun secara tiba-tiba muncul seorang anggota polis dari belakang yang terus memberhentikan motosikalnya dan menyapa pemandu van berkenaan.

Dia tidak lama kemudiannya mula membantu menolak van tersebut berseorangan didalam hujan lebat.

Tolak sejauh 200 m

Menurut pemuda ini lagi, anggota polis ini juga telah membantu menolak van berkenaan sejauh 200m. Meskipun tidak dapat dipastikan jarak sebenarnya, namun jika dilihat pada video tersebut, angka tersebut sememangnya tidak mustahil.

Perkongsian tersebut kemudiannya mula meraih perhatian netizen dengan rata-rata mereka menzahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada anggota polis berkenaan.

Ramai yang turut memuji keprihatinannya membantu pengguna jalan raya yang sedang didalam kesusahan sedangkan orang disekelilingnya hanya memerhatikannya sahaja.

Tidak kurang juga yang turut berpendapat masih ramai di kalangan pihak berkuasa yang melakukan kerja sebegini namun tak semuanya sempat di rakam di depan lensa kamera.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.